Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 5, 2016

1MDB - SPRM KATA OK TAPI BAGAIMANA DENGAN PEGUAM NEGARA.....


Peguam Negara yang diragukan. Betulkah Peguam Negara tidak akan bawa kes PM Najib ke mahkamah walaupun SPRM sudah menghantar laporan yang siap kepadanya? Kini, rakyat mahu tahu apakah peguam negara baharu ini berani mendakwa Najib? 


 Dan apakah "Tidak Cukup Bukti " akan menjadi alasan Apandi Ali nanti? Lazimnya, apabila SPRM menghantar laporan kepada Peguam Negara, maka maknanya laporan itu ada kes untuk didakwa..... 

Ada yang sangat meragukan dengan pendirian Peguam Negara, Apandi Ali memandangkan kepada tindakannya yang menolak laporan Bank Negara sebelum ini.  

Apakah perkara yang sama akan berulang? Berikut merupakan  ramalan dua tokoh negarawan tanah air kita.  

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara sama juga akan berlaku mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan kontroversi wang derma RM2.6 bilion ringgit. 

 “Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat. 

 “Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion),” katanya . 

 “Ini ramalan saya sahajalah. Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu,” ujarnya di sini 

Sebelum ini Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal terlepas daripada sebarang tindakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghantar laporan yang siap kepada peguam negara. 

Kemungkinan ini amat  besar  sekali memandangkan peguam negara juga sebelum ini menolak laporan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang.  “Berdasarkan latar belakang yang kabur dalam mengendalikan kemelut 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya membuat ramalan awal keputusan sama akan dibuat. 

 “Negara ini sudah pun dikenali di seluruh dunia sebagai negara ‘jenayah tanpa penjenayah’,” katanya dalam satu kenyataan di sini

2 comments:

  1. peguam negara wayang lah.sudah masyuk

    ReplyDelete
  2. Perut dia dan anak bini dah dah buncit kekenyangan melampau sbb melantak duit under table..sbb tu jd mcm tu

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA