Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 16, 2019

UG - BELUM TIBA MASA NYA....







Belum tiba masa tubuh kerajaan campuran - Hadi Awang 


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@bh.com.my PRESIDEN PAS, Datuk Seri Hadi Awang.  - Foto Asyraf Hamzah 


KUALA TERENGGANU:   Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, belum tiba masa untuk parti itu membincangkan cadangan menubuhkan kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN). 



Beliau berkata, cadangan UMNO supaya kerjasama parti itu dipererat dengan mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan PAS, perlu diteliti dengan lebih terperinci.



 Katanya, ketika ini UMNO dan PAS hanya bertaawun dan bekerjasama, namun belum untuk sampai ke tahap menubuhkan kerajaan campuran. 



“Kita baru peringkat bertaawun, bekerjasama. Belum lagi kerajaan campuran. Pilihan raya pun lambat lagi. Kena tunggu pilihan raya lah nak tubuhkan kerajaan campuran. 



“Kita akan perincikan dan teliti dengan mendalam cadangan itu kerana kita (PAS) berpengalaman dalam kerajaan campuran pada 1973,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Ijtima’ Guru PAS Terengganu 2019 di Kuala Ibai di sini, petang tadi. 



Hadi berkata, kerjasama parti itu dengan UMNO akan diteruskan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan, bulan depan. 



“Sekarang ini perbincangan kita khusus untuk PRK DUN Rantau saja yang akan diadakan bulan depan. Tidak ada lagi perbincangan mengenai kerajaan campuran,” katanya. 



Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS juga bersedia menubuhkan kerajaan campuran dengan parti Melayu lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gagasan Sejahtera. 



“Kerajaan campuran yang pernah saya katakan itu mesti membabitkan semua parti politik, bukan satu parti saja. 



“Mana-mana parti yang bersikap positif, PAS akan ambil kira, bukan UMNO saja, tetapi juga BERSATU yang ada krisis dengan Pakatan Harapan (PH) hari ini,” katanya. 



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini melontarkan cadangan supaya UMNO dan PAS mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan PAS ketika ini. 



Beliau berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru-baru ini dan masih pada peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Nampaknya Hadi sedar akan keperluan menyatukan semua parti Melayu/islam dalam sesuatu pakatan baru sekiranya menjadi kenyataan. Permusuhan dan pertelagahan diantara org Melayu dalam negara akan berada dalam tahap paling minimum. Penyatuan ini bukan hanya melibatan diantara dua parti iaitu Umno dan Pas sahaja tetapi keseluruhan parti-parti Melayu/islam, Gabungan ini akan menjadi gabungan paling kukuh hingga tiada siapa yg mampu mencabar lagi. Ya Allah makbulkankanlah niat baik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah penyatuan parti PENYAMUN & PEMBOHONG,sempurnalah perpaduan melayu isle.

      Delete
  2. Malu itu sebahagian dari Iman. Malu untuk melakukan dosa atau malu untuk berbohong malah malu untuk mempopularkan diri walaupun dah terbongkar sebagai penyamun. Maka memandangkan parti penyamun dan parti pembohong ni memang takde rasa malu atas kelakuan mereka, eloklah mereka bergabung sebab penyamun dan pembohong memang layak duduk bersama, sekatil sebantal dan makan duit haram bersama2. Ap malu Boss ku? Penyamun dan pembohong memang kaki takde rasa malu maka slogan itu memang sesuai untuk orang yang dah hilang sebahagian dari iman mereka.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA