Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 12, 2019

PAS JUGA MEMFITNAH......

BERITA

Adun PAS mohon maaf lepas sebar berita palsu fitnah TPM

N Faizal Ghazali  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Dengan rasa bersalah dan rendah hati, saya memohon maaf dan menarik balik kenyataan pada posting yang saya printscreen (tangkap layar) kenyataan Wan Azizah.
"Setelah menyemak status berita berkenaan ia jelas tidak benar sama sekali. Kelamahan saya (apabila) menerima berita tersebut adalah kesilapan sikap saya yang tidak berhati-hati dan tidak cermat dalam menapis berita ini," kata Rozi dalam kenyataan di Facebooknya.
Terdahulu, Rozi memuat naik perkongsian berita bertajuk 'LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka - Wan Azizah'.
"Ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel (penjaralah) pulok, " katanya mengiringi perkongsian tangkap layar itu. 

Selepas memuat naik kenyataan mohon maaf, beliau turut memadam perkongsian berita palsu berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Roslan Ismail berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun tersebut.
Tindakan itu, katanya, tidak sesuai dengan taraf sebagai pemimpin PAS dan mereka tidak sepatutnya memburukkan pemimpin negara apatah lagi bertindak sebagai "ejen penyebar fitnah".
"Saya hormat dan kagumi beliau selaku pemimpin di negeri ini, tapi tidak sangka beliau mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak nakal.
"Walaupun kita mempunyai ideologi politik berbeza tetapi beliau sepatutnya meletakkan rasa hormat kepada pemimpin negara termasuk timbalan perdana menteri," katanya.
Jelas Roslan, PKR Kelantan akan meneliti perkara itu dan menyerahkan kepada Wan Azizah sama ada mahu mengambil tindakan.
Sementara itu, Roslan turut mengingatkan penjawat awam agar tidak terlalu galak menggunakan media sosial untuk mengkritik kerajaan.
Katanya, mereka tidak boleh bertindak melampaui batas dengan ruang dan kebebasan bersuara yang diberikan kerajaan persekutuan kini.

1 comment:

  1. Fitnah adalah satu kesalahan jenayah. Fitnah tak boleh dihukum dengan cemuhan tetapi dengan hukuman melalui mahkamah. Fitnah tak boleh ditarik balik dengan permohonan maaf. Pelaku2 fitnah mesti dihukum dan mana2 penjawat awam yang terbukti bersalah memfitnah, mereka mesti dihukum dan jika kesalahan itu berat mereka mesti diberhentikan. Fitnah adalah satu dosa besar dan kaedah mencegahnya adalah hukuman yang tegas. Tiada maaf!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA