Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 6, 2019

MALAYSIA - PERGESARAN PERKAUMAN PERLU I ELAKKAN




Sebuah NGO hari ini melahirkan rasa kesal berhubung ucapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali agar kerajaan tidak lagi bersikap apolegetik dalam melaksanakan agenda Bumiputera. 



Naib Presiden Centre For Better Tomorrow - gambar -Simon Lim Seng Chai menyifatkan kenyataan Azmin itu sebagai reaksi mengejut selepas keputusan pilihan raya kecil (PRK) Semenyih baru-baru ini.



 Mengingatkan Pakatan Harapan (PH) agar mengotakan janji dalam manifesto mereka, Simon berkata, tidak ada ruang untuk sikap perkauman sempit yang boleh memudaratkan kepelbagaian kaum di negara ini. 



"Nada mesej Azmin dan waktu ia dikeluarkan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil Rantau akan datang akan menyaksikan pendirian seperti ini lebih memuncak.



 "Ini tidak menyenangkan memandangkan Azmin di kementerian yang memantau dana awam yang besar melibatkan kesejahteraan ekonomi negara. 



"Pemimpin-pemimpin politik harus mengelak daripada memberi reaksi mengejutkan terhadap keputusan pilihan raya kecil. 



"Sebaliknya, mereka harus menumpukan kepada kepentingan jangka panjang negara. Tiada ruang untuk sikap perkauman sempit yang memudarat kepelbagaian di negara ini, "kata Lim dalam satu kenyataan. 



Azmin pada Ahad dalam satu kenyataan berkata kerajaan Pakatan Harapan harus berani memenuhi janji, terutama dalam agenda Melayu dan bumiputera, tanpa berasa malu atau takut terhadap kritikan orang lain.



 Ini berlaku selepas kekalahan PH pada pilihan raya kecil Semenyih sehari sebelum itu. 



Ia adalah kali kedua PH tewas dalam pilihan raya kecil selepas mengambil alih kuasa persekutuan pada PRU lalu. 



"Kerajaan Persekutuan pada masa ini mengambil alih kuasa pada Mei lalu atas janji menjadi kerajaan untuk semua. 



"Perkara ke-5 Manifesto PH menyatakan 'mencipta Malaysia yang inklusif, sederhana dan dihormati di peringkat global'. 



"Ia juga berjanji untuk melaksanakan dasar dan program yang menyatukan negara dan mewujudkan masyarakat yang inklusif dan mengekalkan keharmonian Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama. Pentadbiran semasa perlu berpegang kepada manifesto dan semangat janji berkenaan," tambah Lim dalam kenyataan itu. 



Beliau berkata kerajaan PH juga harus belajar daripada kerajaan terdahulu yang tewas pada PRU lalu selepas pengundi menolak agenda perkauman dan agama dibawa mereka.


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA