Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 3, 2019

BUKAN MUDAH NAK BuAIKI KEROSAKAN 60 TAHUN....





Bukan mudah untuk kerajaan PH membaiki sistem berusia 60 tahun yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.  — Foto oleh Miera Zulyana 

PERMATANG PAUH, 3 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) membaiki sistem berusia 60 tahun yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. 

Katanya usaha itu akan mengambil masa dan ini ditambah dengan beban hutang negara yang banyak, ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. 

“Selama 60 tahun kerajaan tidak pernah tukar. Bila kita ambil alih kita tidak ada dana yang mencukupi. Ini fakta...hutang negara kalau kita tidak membayar kita akan menjadi negara yang bankrap. 

“Kita (kerajaan PH) baru lapan bulan, tidak mudah membaiki sistem yang dah lama. Ini bukan excuse (alasan). Kita cuba usahakan dengan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat, jawatankuasa demi jawatankuasa macam mana kita nak turunkan kos sara hidup yang kita rasa bebankan rakyat,” katanya ketika berucap pada program Santai Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin. 

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PH mengakui kerajaan baharu mempunyai kelemahan berikutan kebanyakan barisan Kabinet adalah muka baharu yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara. 

“Kerajaan ada kelemahan memang saya akui, kita tidak ‘perfect’ (sempurna). Saya sendiri akui sebab (anggota) kabinet semua muka baharu. Yang lama pun (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan (Menteri Dalam Negeri) Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng dan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada pengalaman mentadbir negeri. 

“(Menteri) lain semua muka baharu. Kami perlu realistik. Bagaimanapun kita akan cuba betulkan keadaan,” katanya. 

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau sekeluarga terhutang budi dengan penduduk Permatang Pauh yang sentiasa memberikan sokongan, bermula dengan suaminya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga anak mereka Nurul Izzah. 

Menurutnya walaupun kini beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat di kawasan itu, beliau sentiasa mengingati jasa penduduk Permatang Pauh. 

“Saya tidak akan lupa jasa orang Permatang Pauh. Saya memang terhutang budi. Memang saya lama tak balik, memang rindu. Permatang Pauhlah di mana saya bertatih sehingga sampai ke peringkat dunia. Kini, anak saya Nurul Izzah pula menjadi wakil rakyat di sini untuk kesinambungan perjuangan kita,” katanya.  — Bernama

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

1 comment:

  1. Memang betul kenyataan tu. Tapi apa yang lebih teruk dari usaha memperbaiki kedudukan kewangan negara ialah mengambil golongan2 yang menyamun tu masuk kedalam kalangan yang sedang berusaha memperbaiki kewangan negara. Umpama menyuruh tikus untuk turut serta dalam usaha memperbaiki labu yang sememangnya dirosakkan oleh tikus2 tu. itu adalah tindakan yang tak bijak malah kalau ikut cakap orang kampung "itu kerja bodoh namanya".

    Kalaupun tikus2 tu tak menyumbang lagi kepada kerosakan labu, tikus2 itu tetap merupakan anasir2 perosak yang tak ada dalam sifat mereka untuk menjadi pembaik dan pemulih. tikus sifatnya perosak dan mengambil tikus untuk dok sama memperbaiki labu bukan shj bodoh dan berkemungkinan akan melembabkan lagi usaha pemulihan malah mungkin juga akan menggagalkan usaha2 pemulihan itu.

    So kepada pemimpin2 PH, "you must work smart dan work fast". Right now, menteri2 PH ibarat siput babi yang menyusur longkang, lembab, lambat dan apabila air longkang melimpah, siput itu akan dihanyut kembali ke kedudukan asal. Jangan buat kerja sia2. Don't ride a merry-go-round and expect to get somewhere eventually. merry-go-round is not a vehicle and no matter how fast it runs, you'll end-up where you start and waste a lot of time doing that!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA