Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 15, 2019

NIK ABDUH - APA KATA MAZA.....



Maza: Lepas berdosa contohilah Nabi Adam, bukan Iblis


Ketika semua manusia pernah melakukan kesalahan, perbuatan itu jauh lebih berdosa besar jika kesalahan terbabit dibuat dengan berselindung di sebalik agama, kata mufti Perlis.

Justeru kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mana-mana manusia yang terlanjur melakukan dosa mesti mencontohi Nabi Adam AS dengan mengakui kesalahan tersebut, dan tidak bertindak seperti Iblis.

Membuat catatan sederhana di media sosialnya Mohd Asri berkata umat Islam wajar membesakan kesalahan yang dilakukan oleh Iblis dan Nabi Adam.

Katanya, apabila Iblis melakukan kesalahan dia mencari alasan untuk menghalalkan tindakan tersebut walaupun ia jelas melanggar perintah Allah.

Sebaliknya kata Mohd Asri, Adam tidak berbuat demikian sebaliknya mengakui kesalahan lantas memohon keampunan.

"Justeru kita wajar mengikut jejak langkah bapa kita, Adam" katanya.

Menurut Mohd Asri semua manusia pernah melakukan dosa namun ia bukan alasan untuk sesiapa menghalalkan perbuatan yang bercanggah dengan agama.

"Menghalalkan dosa merupakan satu ketakburan di hadapan Allah. Justeru Allah melaknat Iblis dan menghukumnya sebagai kufur," katanya.

Boleh rosak akidah

Kenyataan itu tidak merujuk secara langsung kepada isu yang sedang membelenggu PAS ketika ini apabila salah seorang pemimpin kanannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, mengakui berbohong semasa menafikan dia adalah orang sebenar dalam audio yang tersebar pada tahun lalu itu.

Melalui audio tersebut antara lain Nik Abduh mengakui berkawan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan PAS menerima dana daripada Umno untuk kegiatan politik.

Audio tersebut dipercayai dirakam dalam satu majlis tertutup dan disebarkan oleh sekumpulan anggota dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan pendirian parti itu menerima dana Umno.

Menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS tersebut, pembohongan itu juga mendapat restu daripada presidennya, Abdul Hadi Awang.

Hari ini pula Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, mempertahankan tindakan Nik Abduh kerana menganggap ia suatu keperluan ketika parti tersebut teruk difitnah.

Kata Hashim langkah itu juga sesuai bagi menghadapi musuh parti berkenaan.

Mohd Asri berkata selepas sedar melakukan kesalahan dan mengakuinya Allah mengampunkan Adam sebelum baginda ditabalkan menjadi khalifah di dunia.

"Maka, fahamilah perkara ini. Mencuri merupakan dosa, tapi mencuri kemudian menggunakan nama Allah dan Islam untuk 'menghalalkan' perbuatan curi, itu jauh lebih besar dosanya.

"Ia satu pendustaan menggunakan Allah dan agama-Nya, bahkan boleh membawa kerosakan akidah kerana menghalalkan apa yang haram di sisi Allah.

"Rasuah merupakan dosa, tapi rasuah menggunakan nama Allah dan Islam untuk 'menghalalkan' perbuatan rasuah itu jauh lebih besar dosanya.

"Demikianlah semua dosa yang Allah dan rasul-Nya haramkan, termasuklah berbohong dalam perkara yang tidak dibenarkan," katanya.

1 comment:

  1. Kalau itulah pendirian Hashim Jasin, maknanya mana-mana badan, organisasi, pertububuhan, kumpulan, parti, puak, dan sebagainya bolehlah berbohong demi "kemaslahatan", maruah, dan kepentingannya? Masalahnya PAS ni, kalau mereka yang buat sesuatu perkara maka hukumnya HALAL. Kalau orang lain yang buat, HARAM. Kahkahkahkah... Allahurabbi, lawaknya kamu - PAS.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA