Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 25, 2019

JOM KITA BERDAMAI......


Lupakan dendam Pas terhadap Umno demi Islam, kata Nik Abduh
Penyokong dan anggota Pas dinasihat lupakan persengketaan Pas dan Umno dan menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, hujung minggu ini, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata perkara itu sudah diperjelaskan memandangkan lawan BN dalam PRK berkenaan ialah calon daripada Pakatan Harapan (PH) adalah juga musuh utama Pas ketika ini.
“Dulu, memanglah BN dan Umno musuh kita…tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kami sudah nampak siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.
“Kami (Pas) yakin dengan kebijaksanaan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan dan mengundi (calon) yang terbaik…anggota Pas tahu dengan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara…mereka (PH) masih gagal menunaikan janji (manifesto),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah bersama Pasdan BN di Dataran Sungai Koyan, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta 500 anggota dan penyokong Pas serta BN hadir pada program berkenaan. – BERNAMA

3 comments:

  1. BN yang menang tapi PAS yg seronok. Kalau sebelum PRU14 dulu UMNO dan PAS bergabung kan bagus. Itu lah sombong sangat. Dengar sangat nasihat Dr.Zuhdi tu.

    ReplyDelete
  2. Amanat sesat hadi dulu dah kira settle ke? ke 90 juta tu dah dikira kawtim?

    ReplyDelete
  3. anak derhaka ni tak habis2 nak bantu penyamun. memang jenis anak derhaka.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA