Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 17, 2018

PAS DAN POLITIK

Image may contain: 2 people, people standing and suit

Akhirnya, kepimpinan PAS yang diketuai Datuk Seri Hadi Awang mengakui bahawa di bawah kendaliannya, prestasi PAS kian merosot. 



Saya tidak pernah berkata bahawa PAS kini telah kecundang, pun begitu saya berani untuk membuat ramalan bahawa selagi kepimpinan Hadi berterusan mengambil pendirian yang berbeza daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh dua bekas Presiden PAS terdahulu iaitu arwah Fadzil Nor dan Yusof Rawa serta bekas Mursyidul Am arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak mustahil prestasi PAS akan terus merosot dalam lanskap politik Malaysia.



 Menjawab kenyataan saya semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata saya tidak seharusnya memandang remeh terhadap PAS walaupun parti itu menunjukkan prestasi yang lemah pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu dan menyatakan bahawa walaupun prestasi PAS semakin merosot, ia tidak bermakna PAS telah kecundang. 



Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata PAS menyertai pilihan raya tanpa bergantung kepada sokongan parti lain, tidak seperti Amanah, PPBM, apatah lagi DAP. 




Image may contain: 1 person, text


Adakah Setiausaha Agung PAS membayangkan bahawa suatu hari nanti, PAS secara bersendirian boleh memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan daripada mana-mana parti politik lain? Jika ya, pemimpin PAS mungkin hidup dalam dunianya sendiri, tidak berpijak di bumi yang nyata.


Institut Darul Ehsan (IDE) menerusi tinjauan pilihan raya yang dijalankannya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson membuat ramalan yang sangat tepat apabila mengatakan bahawa PAS “tidak dijangka mendapat lebih 

daripada satu peratus undi bukan Melayu”. 


Adakah IDE salah? Bolehkah Takiyuddin atau mana-mana pemimpin PAS lain tunjukkan di mana salahnya ramalan IDE itu, dan bolehkah mereka tunjukkan bahawa PAS menang lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu pada PRK Port Dickson? 



Jika PAS tidak dapat memenangi satu peratus undi bukan Melayu di Malaysia, adakah ia mampu membentuk Kerajaan Persekutuan di Malaysia? 



Ia bukan rahsia lagi, PAS mendapat sokongan tersirat daripada kepimpinan tertinggi Umno dalam PRK Port Dickson sebagai sebahagian daripada konspirasi politik Umno-PAS yang sedang giat dijalankan, namun satu-satunya faedah yang diperolehi PAS daripada pakatan tidak suci (unholy) dengan UMNO itu adalah deposit calon PAS terselamat! 





Image may contain: one or more people and outdoor

Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa apa-apa bentuk “restu” daripada pucuk pimpinan Umno – walaupun kenyataan ini boleh disanggah dengan keputusan bekas Menteri Besar Umno Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad untuk bertanding PKR Port Dickson – calon PAS akan kehilangan depositnya, seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 


Saya tidak fikir bahawa kedua-dua bekas presiden PAS, Fadzil Nor dan Yusuf Rawa, serta bekas PAS Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat akan menganggap ia sebagai sesuatu yang membanggakan bagi PAS apabila parti itu sanggup menjalinkan pakatan tidak suci dengan Umno semata-mata mahu menyelamatkan deposit calon PAS di PKR Port Dickson. 



Saya percaya bahawa pelampau politik dan oportunis dalam Umno serta PAS yang terjerumus ke dalam politik toksik dan berniat jahat yang memainkan isu kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan akan tetap tewas dalam era maklumat di Malaysia dan keputusan PRK Port Dickson harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin Umno dan PAS. 



Saya tidak percaya bahawa 2.3 juta pengundi Melayu yang mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-14 mahu Malaysia berterusan menjadi negara penyangak, demokrasi palsu dan kleptokrasi global di mana pemimpin gagal ujian agama paling asas dalam membezakan yang benar dan yang salah, kebenaran dan pembohongan serta keadilan dan ketidakadilan.


Pakatan Harapan mahu mengubah Malaysia daripada kleptokrasi global kepada sebuah negara yang berintegriti, matlamat yang saya yakin akan disokong oleh mereka yang telah disesatkan untuk mengundi Umno dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Roketkini.com 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA