Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 19, 2018

SPR DI PERGUNAKA - LANGKAH KAJANG.....




Langkah Port Dickson Bukti Kelemahan Sistem Pilihanraya? Beberapa pihak dilihat mengkritik PKR kerana mengadakan pilihan raya kecil (PRK) untuk memberi laluan kepada presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen bersama anaknya Nurul Izzah dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Ini waktu yang tepat untuk rakyat Malaysia dan Anwar mempertimbangkan dan membuat pendirian, jika kita ingin terus mahu semua anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri menggunakan sistem FPTP, atau jika kita mahu menukarnya kepada sistem 'anggota campuran' dengan beberapa anggota parlimen dipilih melalui Senarai Perwakilan Perkadaran Parti (Senarai-PR).

Langkah Port Dickson Bukti Kelemahan Sistem Pilihanraya? "Ini kerana, mandat FPTP adalah bersifat individu, sistem ketika ini menetapkan PRK sekiranya terjadi kekosongan, sama ada penyandang kerusi sakit, kemalangan, hilang upaya, hilang kelayakan atau meletakkan jawatan.

"Peletakan jawatan Anggota Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen menunjukkan kelemahan sistem FPTP yang membolehkan parti tertentu mengubah barisan pimpinan mereka," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jerman merupakan salah satu negara yang menggunakan sistem perkadaran anggota campuran. Melalui sistem ini, pengundi akan mempunyai dua pilihan pada kertas undi - satu untuk memilih calon bagi parlimennya, satu lagi untuk memilih parti yang akan menerajui kerajaan.

Calon yang menang akan menjadi anggota parlimen berdasarkan undi kawasan, namun anggota tambahan daripada senarai yang disediakan parti masing-masing akan dimasukkan ke dalam parlimen berdasarkan perkadaran undi yang diterima parti itu.


Langkah Port Dickson Bukti Kelemahan Sistem Pilihanraya? 


Sistem seperti itu akan membolehkan pengundi memilih calon yang mereka mahukan meskipun bukan dari parti yang mereka mahukan.

Parti politik juga tidak perlu memilih antara ADUN atau anggota parlimen kerana seorang ADUN juga boleh diletakkan di parlimen.

"Persoalan yang lebih besar bukan politik dinasti keluarga Anwar, tapi proses pemilihan yang lebih menyeluruh merentasi semua parti di Malaysia.

"PRU ke-14 menyaksikan ramai calon dari BN dan HARAPAN bertanding saat akhir atau tidak mengikut kemahuan pemimpin peringkat cabang atau bahagian.

Langkah Port Dickson Bukti Kelemahan Sistem Pilihanraya? 


"Amalan tidak demokratik itu sering menyebabkan ketidakpuasan hati peringkat akar umbi, boikot dan malah sabotaj. Peletakan jawatan anggota parlimen Port Dickson dilakukan secara mengejut dan saat-saat akhir," kata badan pendesak pembaharuan sistem pilihan raya itu.

BERSIH bagaimanapun mengakui bahawa kes Anwar adalah kerana beliau sebelum ini hilang kelayakan susulan pemenjaraan bermotifkan politik. BERSIH turut mengambil maklum bahawa Anwar sebelum ini telah dinamakan sebagai bakal perdana menteri. - malaysiakini

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA