Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 13, 2018

UMNNO KIAN KE PEMBUBARAN



Barisan Nasional (BN) kini digantung sementara untuk meneroka kemungkinan menjalin kerjasama politik lain, kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa - gambar
Bekas menteri itu berkata Umno sedang melalui suatu “fasa baru” dan parti-parti komponen BN perlu pragmatik, melihat kemungkinan bekerjasama dengan parti politik lain.
“Kita putuskan parti komponen mesti mengurus parti masing-masing buat masa ini.
“BN pada masa ini perlu digantung untuk sementara waktu. Biar kita cuba pendekatan baru,” kata Annuar kepada The Malaysian Insight.
BN sebelum ini ada 13 parti tetapi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tinggal hanya Umno, MCA dan MIC.
Menurut Annuar, parti komponen BN, termasuk yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), masih ada hubungan baik namun perlu menguruskan hal masing-masing sebelum membina semula pakatan itu.
“Kita perlu sangat pragmatik. Kita tidak boleh bergantung kejayaan lalu, masih mengenang zaman gemilang BN. Kita perlu membuat penilaian yang praktikal,” jelas Annuar.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata “persefahaman tidak bertulis” sebelum ini dalam BN tidak berkesan dan ia menyebabkan gabungan itu kalah dalam pilihan raya lalu.
“Ada persefahaman tidak bertulis tentang kuota (kerusi), menjadikan kita kurang fleksibel dan akhirnya kalah beberapa kerusi.
“Ada hampir 30 kerusi Parlimen yang sepatutnya kira menang kalau kita kerjasama dengan PAS tetapi kita tidak buat.
“Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan kira malah menguntungkan parti baru. Berapa banyak punya rugi sebab jumud? Kita perlu lihat percaturan baru politik,” kata Annuar.
BN menang hanya 79 kerusi tetapi sekarang tinggal 59 selepas wakil rakyatnya lompat parti dan beberapa parti meninggalkan barisan.
Annuar juga mengalu-alukan idea MCA untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya kecil (PRK) Balakong bulan depan.
Kalau itu berlaku, komponen BN yang kanan itu akan mengetepikan konvensyen dengan meninggalkan logo BN.
“Kita alu-alukan. Itu sebahagian daripada ujian utama dan kita mahu lihat kesannya. Kita tidak ada masalah.
“Pada peringkat Umno, kita setuju MCA bertanfing guna logo sendiri. Selepas itu, kalau Umno pun hendak tanding guna logo sendiri, boleh juga,” katanya.
Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata partinya menimbang bertanding dengan logo sendiri dalam PRK Balakong.
Dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini, calon Umno Lokman Noor Adam bertanding dengan logo BN.
BN kalah buat pertama kali dalam sejarah pilhan raya umum Malaysia apabila Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir Mohamad membentuk kerajaan di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA