Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 29, 2018

UMNO PERL;U PERTOLONGAN PAS

Saturday, July 28, 2018 KJ: Umno perlu berdiri atas nama sendiri, 
bukan harap PAS  - Bernama 


Umno dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan PAS untuk terus diterima masyarakat, kata bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan kerjasama dengan parti Islam itu pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat jangka panjang. 

“Untuk kali ini (PRK), tidak mengapalah sebab PAS tidak bertanding tapi bergabung untuk masa depan, kita kena tengok dulu,” katanya kepada pemberita selepas membantu kempen calon BN Datuk Lokman Noor Adam di Taman Setia, Johan Setia, di Klang hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lokman Noor pada Selasa lepas yang yakin mendapat kerjasama daripada PAS dan jentera kedua-dua parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa terdekat 

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau berkata , pengundi DUN Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya BN menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti. 

“Seperti kita lihat, (komposisi) DUN Selangor sangat berat sebelah kerana BN hanya ada empat kerusi saja (daripada keseluruhan 56 kerusi DUN). Dalam Malaysia Baharu ini sekurang-kurangnya biar ada semak dan imbang. 

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lepas, Pakatan Harapan menang besar apabila memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor dengan BN hanya empat kerusi dan PAS (1). 

Ketika ditanya mengenai situasi politik di Sungai Kandis hasil jelajahnya membantu kempen BN hari ini walaupun bertemu dengan penyokong PKR, Khairy mengakui wujudnya kematangan politik di kawasan itu dan ia bertepatan dengan konsep Malaysia Baharu yang tidak mengamalkan serangan politik peribadi, ganas mahupun samseng. PRK DUN Sungai Kandis yang merupakan 

PRK pertama selepas PRU14, diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. 


Dalam PRK pada 4 Ogos ini, Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni akan ditentang oleh Lokman Noor dan calon Bebas, K. Murthy. - Bernama

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA