Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 12, 2018

AGAWAN DAN POLITIK - APAKAH IANYA BERBEZA?


Ulama’ dan ilmuwan tidak sepatutnya berpolitik. 

Tugas ulama’ dan ilmuwan jauh lebih besar dan penting daripada politik kepartian.


Memang benar politik adalah sebahagian aspek kehidupan yang diatur oleh Islam. Namun ini tidak bermakna perjuangan politik adalah perjuangan Islam. Menyamakan dua perkara yang berbeza adalah suatu bentuk kezaliman dan kerosakan. Tidak semua perkara yang kita lakukan di dunia ini mempunyai nilai politik, berkenaan dengan politik. Agama tidak boleh dipolitikkan, pendidikan dan undang-undang tidak boleh dipolitikkan.


Foto Dr Khalif Muammar.


Tugas ulama’ dan ilmuwan adalah mendidik dan memberi bimbingan kepada seluruh masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan, tanpa mengira ideologi dan golongan, ia mesti berbicara mewakili umat dan untuk kepentingan umat. Ia tidak boleh berbicara untuk kepentingan peribadi dan golongan tertentu sahaja. Apabila seseorang ulama’ berpolitik maka pandangannya menjadi bias dan akan dilihat hanya mewakili parti tertentu sahaja demi meraih tujuan politik sahaja.

Sebagai pewaris Nabi, kedudukan ulama’ sangat tinggi, namun kerana dikaburi oleh kepentingan duniawi maka sebahagian ulama’ (palsu) sanggup merendahkan martabatnya dan berkhidmat untuk politikus.

Ehsan Dr Khalif Muammar

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA