Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 8, 2018

PRU 14 - AMANAH WITH THEIR YOUNG, PROFESIONAL FOR THE CANDIDATE.

Dari kanan, Dr. Ir Muhd Fadhil Nuruddin, Ust Ahmad Saqif Ansorullah, Ir Megat Shariffudin Bin Ibrahim, Hasnul Zulkarnain dan Dun Saudara Razali Ismail


Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak hari ini mengumumkan calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi zon utara bagi mewakili Pakatan Harapan menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

 Lima calon dari pelbagai latar belakang telah diumumkan oleh Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi dalam satu majlis ceramah di Kamunting, Taiping malam tadi. 

 Kelima-lima kerusi yang bakal ditandingi oleh AMANAH mewakili Pakatan Harapan itu ialah Titi Serong, Selinsing, Selama, Kamunting dan Changkat Jering. 

 AMANAH menampilkan calon termuda dari parti itu iaitu Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah. Cicit kepada tokoh ulamak terkemuka, Almarhum Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu baru berumur 26 tahun dan beliau adalah merupakan guru agama dan pendakwah bebas.

 AMANAH turut memperkenalkan dua tokoh profesional berkelulusan jurutera dan doktor falsafah sebagai bukti kesungguhan parti itu melahirkan kepimpinan-kepimpinan yang berkualiti serta wibawa.

 Bekas pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin akan mewakili AMANAH untuk kerusi Dun Kamunting, manakala Dun Changkat Jering pula akan ditandingi oleh Ir Megat Sharifuddin Ibrahim.

 Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Hasnul Zulkarnain akan bertanding di kerusi Dun Titi Serong manakala aktivis masyarakat, Razali Ismail di kerusi Dun Selama. 

 Tahniah diucapkan kepada semua  calon-calon Amanah yg telah terpilih, semoga PAKATAN HARAPAN berjaya meraih kemenangan demi perjuangan menegakan keadilan untuk rakyat dan memulihkan kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta. 

Oleh MUHAMMAD yang FAEEZ AZAHAR

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA