Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 7, 2018

KATA MENGATA - PAS DAN AMANAH.......

MENJAWAB MOKHTAR SENIK....

Melucukan sekali apabila Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik menyeru ahli-ahli Amanah untuk kembali kepada parti lebai berkecuali itu hanya kerana beberapa orang di Gua Musang sertai Pas di Kelantan.

Kalau itu mahu diambil kira, aku pun mahu seru Mokhtar Senik agar tinggalkan parti yang menjadi tongkat Umno itu agar berhijrah kepada Pakatan Harapan kerana seramai 50 orang ahli-ahli Pas di Jengka 13 baru-baru ini telah menyertai Amanah. Aku berada pada majlis penyerahan borang tersebut yang diterima oleh YB Mahfuz Omar. Apa macam, Mokhtar Senik? 

 Mokhtar Senik berhujah bahawa Pas tidak menjadi tongkat Umno, dalilnya Pas akan bertanding 150 Kerusi Parlimen, katanya. Alahai abang Mokhtar, bertanding 150 Kerusi Parlimen tetapi sasaran 40 Kerusi Parlimen dan mengaku awal-awal mahu jadi "King Maker" dan Penasihat kepada Umno itu sudah memadai untuk mengatakan Pas memang tongkat Umno. 

 Itu belum diambil kira kenyataan Hadi Awang, orang utama dalam Pas yang terang-terang sebut bahawa Pas hanya mahu perintah 4 ke 5 negeri sahaja, selebihnya kalau Umno mahu kita serah kepada Umno. 

Takkan Mokhtar Senik tak percaya kata-kata Hadi Awang? 
Alasan Hadi, Pas punyai perut yang kecil tidak boleh makan semua. Kalau pun perut kecil, rela serah kepada Umno mentekedarah semua tu, ntuk apa? Untuk kekalkan GST? 

 Belum lagi kita kira kenyataan Pakar Penyelidik Pas, Dr Zuhdi yang terang-terang sebut, Pas cuma ada dua pilihan selepas PRU14 nanti. Pertama, Pas tetap bersendirian. Kedua, Pas akan bersama kerajaan campuran dengan Umno jika Umno mahu Kerusi Pas.

 Terang lagi bersuluh, wahai abang Mokhtar Senik. Mesti Mokhtar Senik kata fitnah, kan? Boleh rujuk dengan Dr Zuhdi, betul atau tidak beliau pernah berkata sedemikian?

 Boleh rujuk juga dengan Hadi Awang betul atau tidak dia berkata semua negeri diserah kepada Umno kecuali 4 ke 5 negeri sahaja yang Pas mahu perintah. Ada berani bertanya?

 Banyak lagi dalil kukuh untuk menyatakan memang Pas akan membantu Umno biarpun parti itu sendiri bakal tumbang semua Kerusi di Pahang dan di beberapa negeri lagi. 

 Rakyat begitu menyampah dengan Umno/Bn yang menyiksa rakyat dengan GST, maka sekaligus meluat dengan Pas yang mahu jadi kera sumbang dan menjadi tok wakil yang asyik berkecuali. 

Buat Mokhtar Senik, cukup-cukuplah mahu jual agama. Ramai sudah kenal Anta. Lebih baik Anta bercakap pasal RUU Akta 355 yang bos Anta jual kat Parlimen tapi dibiarkan jadi jeruk pekasam. 

 WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA