Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 29, 2018

HUSAM ANAK DIDIK TGNA KATA NIK OMAR



KOTA BHARU: Nik Omar menganggap Husam Musa “anak butir” atau anak didik bapanya, bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

 Beliau berkata, didikan itu boleh dilihat daripada pendekatan Husam yang hampir sama dengan pendekatan ayahnya.

 “Tok Guru pernah sebut secara terbuka bahawa Husam dicipta Allah bukan hanya untuk Kelantan, tetapi juga untuk Malaysia…betapa kehadiran Husam ini banyak memberi kebaikan dari sudut kewangan, ekonomi,” katanya. 

 “Saya memang tak terlibat dengan politik tetapi mengikuti perkembangan. Jadi saya perhati pendekatan yang dibawa Husam memang sama. ‘Anak butir’ kita panggil dengan apa yang dibawa oleh Tok Guru.” 

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembentangan tawaran Pakatan Harapan Kelantan bagi pilihan raya umum ke-14 di Kota Bharu malam tadi. 

 Nik Omar percaya negara pasti boleh ditadbir dan diurus dengan lebih baik berbanding sekarang melalui strategi Pakatan Harapan. 

 “Saya hormat semua, hatta Umno pun saya hormat. Jadi mana-mana pengundi nak undi lagi Umno terserahlah…dah dia rasa itu terbaik. 

 “Pada saya, secara peribadi, dalam suasana sekarang ini ada 3 pilihan dan PH yang terbaik,” katanya. 

 Nik Omar turut memuji keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menerima Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, beliau mendengar penjelasan daripada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berhubung situasi politik tanah air sekarang. 

 “Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang paling layak nak marah, nak dendam kepada Dr Mahathir, tetapi berjiwa besar,” katanya. 

 Nik Omar semalam mencuri tumpuan rakyat Kelantan kerana secara tiba-tiba muncul sebagai calon Pakatan Harapan. 

 Sebaik sahaja Nik Omar mengesahkan bertanding di DUN Chempaka, kerusi yang pernah disandang bapanya, atas tiket PKR, PAS mengumumkan keahliannya dipecat serta-merta.~ Freemalaysiatoday

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA