TUESDAY, 17 OCTOBER 2017 Masih Relevenk??
ah PAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sudah tidak menjengah ke ruangan ini. Tiada apa yang istimewa tentang politik Malaysia. Isunya masih seperti dahulu. Ramai yang keliru dan semakin keliru. Tidak pasti apa yang mereka perjuangkan.
Kepada penyokong dan pendokong PAS masih istiqamahkah anda? Masih setia? Mengapa anda masih setia dengan PAS? Kerana dasarnyakah atau kerana pemimpinyakah?
Bagi saya, saya hanya yakin dan percaya dengan sepenuhnya bahawa dalam dunia ini hanya ada dua sistem politik iaitu Islam dan bukan Islam.
Sejak sekian lama PAS diasaskan dan ditubuhkan berlandaskan Islam.Justeru mengapa kita mahu kepada pertubuhan politik Islam lain yang muncul selepas PAS? JIka pertubuhan bukan politik ((NGO) saya mungkin bersetuju dengan kehadiran mereka namun jika pertubuhan politik islam lain yang muncul selepas parti Islam PAS ditubuhkan saya kira yang menyokongnya amat terkeliru.
Untuk apa pula kita mahu kepada parti-parti politik berlandaskan sekularisme yang lain selepas UMNO? Untuk keadilan? Untuk ketelusan?Siapa boleh bagi jaminan pemimpin-pemimpin yang menang melalui parti-parti terpilih itu tidak reti menyeleweng dan khianat selepas berkuasa.
Secara logiknya, kebangkalian pemimpin atau wakil yang berpegang atas prinsip agama untuk khianat dan menyeleweng adalah lebih kecil. Atas perinsip tersebut saya kira saya lebih sukakan PAS.
Pemimpin datang dan pergi. Tiada apa yang perlu digusarkan. Jika hari ini kita rasa tidak selesa dengan corak pimpinan sekarang itu tandanya pemimpin itu bekerja. Biar apa corak sekalipun selagi tidak bercanggah dengan dasar dan aspirasi parti kita perlu setia sehingga ada asas yang jelas bahawa dasar parti yang berlandaskan syariat itu sudah berubah seperti perinsip parti-parti lain.
Adat pertandingan dalam jamaah sejajar dengan demokrasi yang kita persetujui sememangnya akan ada yang menang dan kalah. Buangkanlah ego. Kalah ertinya kita tidak terbeban dengan tugas-tugas yang berat untuk dipikul sebaliknya jadikanlah kekalahan itu sebagai satu peluang untuk kita berdamping dengan akar umbi. Selami hati budi mereka dan sampaikan mesej yang benar mengapa politik Islam perlu ditegakkan.
Kepada penyokong dan pendokong PAS termasuk pejuang maya, jadikan diri anda Daie yang tujuan berpolitik adalah untuk mencari keredhaan. Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat. Teruskan perjuangan biarpun hanya kelompok kecil yang berpihak kepada anda. Jaga lidah, hindari kata-kata kesat caci maki. Bezakan diri anda dari mereka. Jaga akhlak Islam.Kalah menang bukan alasannya.Jangan sesekali mengambill tugas Allah, kerana yang memberi hidayah hanyalah Allah SWT. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Wednesday, April 11, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenderaan yang baik tetapi dipandu oleh pemandu mabuk pil kuda, diselenggara oleh fomen gila, adalah tidak selamat dinaiki serta tidak akan sampai ke destinasi yang hendak dituju. Hala tuju PAS amat jelas telah tersasar.
ReplyDelete