Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 17, 2018

GST TIDAK MELIBAT NEGARA CINA.....


Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial semalam.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.
Menjelaskan sebab pelepasan, beliau berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.
"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.
"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.
Semalam, Naib Presiden AMANAH Husam Musa memuat naik sijil pelepasan GST yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.
Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.
Ia menambah bahawa pelepasan GST itu berkuat kuasa pada 26 September 2016. Subromaniam berkata lagi, sistem GST memang mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.
Subromaniam berkata lagi, sistem GST memang mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.
"Kastam dari semasa ke semasa akan akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak," katanya lagi.
Kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperolehi dalam pasaran bon.
Dibina sepanjang 600km, ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA