Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 2, 2018

SIAPA PERLU MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI AGAMAWAN



Ulama penakut peruntuh kerajaan 
Shamsul Kamal Amarudin dan Shaarani Ismail 
news@nstp.com.my Awang 

Abdul Aziz mengingatkan umara supaya tidak silap memilih penasihat atau ulama.  FOTO Muhaizan Yahya 

KESILAPAN umara memilih pendamping atau penasihat dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan mereka menjadi punca keruntuhan banyak kerajaan terdahulu. 

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Pehin Dr Awang Abdul Aziz Juned berkata, kebanyakan takhta kerajaan terbabit berkubur kerana penasihat yang curang dan tidak berani memberikan nasihat yang benar. 

“Ia berlaku kerana kesilapan dan kesalahan yang ditambah dengan sikap penasihat yang curang dan orang ilmu yang penakut dan tidak berani menegakkan kebenaran," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja utama pada Muzakar
ah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertajuk 'Kepimpinan dan Kekhalifahan Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Aman Jaya, di Ipoh hari ini. 

Awang Abdul Aziz berkata, dari sudut kepimpinan dan kekhalifahan, ulama dan umara memang sama-sama memegang peranan dan kedua-duanya tidak wajar mengambil sikap menyendiri antara satu sama lain. 

"Kedua-dua pihak adalah selamanya terikat oleh kepentingan bahkan mereka mestilah selamanya duduk bersama.

 "Adalah salah jika mereka itu berpecah atau ada pihak yang lain yang memisahkan mereka kerana jika mereka terpisah maka akan berlakulah kepincangan," katanya. 

Kata beliau, di tangan ulama dan umara terletak kebaikan mahupun keburukan untuk umat yang dipimpin dengan ulama berperanan membimbing dan menasihati manakala umara melaksanakannya. 

"Ulama adalah sebahagian daripada syiar agama Allah dan untuk itu mereka seharusnya mesti terus unggul, hebat dan tidak lembik. 

"Pada hari ini, dengan kehendak Allah juga, masih ada ulama yang berhati singa, yang berani berkata kerana benar dan sanggup tampil untuk membetulkan yang bengkok dan mencegah mungkar. 

"Walaupun risikonya sangat tinggi, tindakan itu memungkinkan mereka untuk diseksa atau dipenjara, dibuang negeri malah ada juga yang dihukum bunuh," katanya. 


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2018 @ 4:44 PM


Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA