Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 11, 2018

INFLASI SIFAR - BENARKAN USAHA PAS INI......

 

Biodata Mohamed Hanipa Maidin | YB Hanipa Maidin - Ahli Parlimen Sepang

 1. Pada 9/3/2018, media lapor kenyataan Presiden parti suci yang minta rakyat pilih parti suci jadi Kerajaan kerana dia percaya parti suci dapat selesaikan isu kos sara hidup yang menekan rakyat. 

 2. Dia kata dia percaya. Saya kata kami sikit pun tak percaya. Nak percaya jika dia menang , dia akan rajin pergi parlimen pun susah, macan mana lah nak minta rakyat percaya benda-benda lain dari dia. Orang putih kata "it defies logic" . 

 3. Kos sara hidup ni pak Aji hoi ada kena mengena dengan polisi Kerajaan dan cara Kerajaan tadbir ekonomi negara. Itu di peringkat Kerajaan lah. Di peringkat pembangkang pula, ia ada kena mengena dengan sikap dan tindak tanduk parti pembangkang itu , antaranya semasa di Parlimen. 

 4. Jika Kerajaan kenakan polisi kutip cukai GST utk semua rakyat , kesannya inflasi. Bila inflasi, harga barang naik. Bila harga barang naik, kos sara hidup juga naik Pak Aji dan kuasa membeli rakyat pula jatuh. Kesannya rakyat derita. 

 5 .Takpe lah rakyat derita sikit jika wang negara diurus tadbir dengan baik. Masalahnya, wang negara tak diurus tadbir dengan baik dan penuh berhemah. Korupsi, pembaziran dan salah guna kuasa merata.Contoh klasik isu skandal 1MDB. Kesannya, Kerajaan dan syarikat yang dia tubuh hutang di sini-sana. Hutang pula makin lama makin mengembang . Nak bayar hutang , Kerajaan guna ( baca salah guna ) pula wang dari dana awam -milik rakyat- seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen ( KWAP ). 

 6. Bila sibuk bayar hutang, orang ekonomi kata ada "opportunity cost" ( kos melepas ). Bila sibuk bayar hutang, kos melepasnya adalah terpaksa perbelanjaaan atau peruntukkan untuk rakyat kena dikurangkan.. Misalnya, subsidi dikurangkan atau ditarik balik. Selepas itu, bila masih tak cukup duit nak bayar hutang , Kerajaan ambil lagi duit dari rakyat melalui GST- cukai regresif - semua orang- pendapatan tinggi, rendah atau yang tak ada pendapatan pun kena bayar. Cukai patut bersifat progresif macam cukai pendapatan- ikut kadar pendapatan seseorang. Makin tinggi pendapatan makin tinggi bayar cukai.Baru logik. Bayar GST pula hari-hari.Orang kata 24/7. Itulah sebab kos sara hidup naik Pak Aji. Itu tak masuk lagi nilai ringgit yang makin lemah

 7. Justeru itu, dalam keadaan seperti itu, rakyat harapkan parti pembangkang macam parti Pak Aji akan lawan habis habisan parti Kerajaan di dalam dan di luar Parlimen. Nak lawan kat Parlimen , kena bercakap kat Parlimen. Nak cakap kat Parlimen ,kena kerap hadir kat Parlimen , bukan kerap ponteng. Ada masa kena undi protes kat parti Kerajaan itu supaya depa tahu dan sedar kita bawa suara dan aspirasi rakyat yang marah dan geram. Bukan kerap berkecuali dan kerap kali juga bagi " nyawa" pada Kerajaan BN. 

 8. Pak Aji juga kata ekonomi Islam berpaksi kepada keberkatan ( barakah ). Itu betul. Yang tak betulnya, jika dah tahu berkat iu penting, kenapa nampak macam tak bersungguh nak lawan ekonomi yang bersandar kepada "penipuan" dan "lanun" wang rakyat seperti skandal mega 1MDB yang sudah tentu tak berkat? Bila tak berkat takkan sponsor orang pergi haji Pak Aji tak mahu tegur? 

Allah lebih tahu. 

MP Sepang. 10.03.2018.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA