Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 9, 2018

PAS TERUS ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN


Nampaknya Lebai Marang ni semakin terdesak hingga sanggup memfitnah almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Hj Hadi mendakwa kononnya allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan rasa tidak senang ke atas tindakan DAP yang didakwanya membangkitkan retorik kaum dan agama.

Dan kononnya telah membincangkan perkara itu beberapa kali dengan bekas mursyidul am PAS itu.

“Sebenarnya Tuan Guru Nik Aziz sendiri sudah menyatakan tidak senang dengan sikap DAP dan Pakatan Rakyat yang makin terbuka menunjukkan perkara yang negatif terhadap hubungan agama dan kaum,” kata Hj Hadi. ~ 

Apa yang melalut sangat Lebai Marang ni?? Apa yang sebenarnya ialah almarhum Tuan Guru Nik Aziz sangat tidak senang dengan sikap Hj Hadi yang mahu mengadakan pakatan UG dengan Umno.

Di suatu ketika sekitar Oktober 2009 dulu, almarhum pernah mencadangkan supaya mesyuarat agung khas diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah kerana cenderung mengadakan Kerajaan Perpaduan yang di cetuskan oleh Hj Hadi.

" Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah," kata almarhum.

Almarhum telah secara jelas menamakan tiga orang lain yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali.

Malangnya, permintaan almarhum tidak kesampaian kerana ada kalangan yang tidak mahu berlaku perpecahan. Tetapi akhirnya Pas berpecah juga...

Almarhum sangat teguh dan kental semangat juangnya menentang Umno dan dalam mempertahankan Pakatan Rakyat.

Almarhum menyedari mengenai adanya perancangan Hj Hadi ke arah penyatuan Pas dan Umno. Lantaran itu almarhum telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Almarhum secara terbuka dan tegas telah membidas Hj Hadi
Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Hj Hadi. 
Almarhum menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".  
 "Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.~ sumber
Ketika mengingati jasa almarhum, Liew Chin Tong Pengarah Pendidikan Politik DAP itu berkata,  almarhum telah menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR) apabila berjaya menghalang cubaan membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Nik Aziz merupakan lelaki yang bijak. Jelas dalam tindakannya. Beliau menyelamatkan Pakatan pada 2008 selepas terdapat cubaan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor."

Ketika timbul cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, almarhum telah berpesan agar usaha tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

 "...Jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. 

 "Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya dalam satu tulisan di Facebooknya.

Almarhum menegaskan bahawa strategi PAS untuk kekal dalam Pakatan adalah langkah yang sangat tepat.

 "Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik.

 "Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara," tambahnya.

Setelah Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan kita, maka Pas telah berubah ikut selera Hj Hadi yang sebelum ini hanya mampu di halang oleh Almarhum Tuan Guru.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA