Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 12, 2018

ANUGERAH ISTANA BUKAN CADANGAN RAKYAT TAPI HAK ISTANA......


Pas cuba mengambil kesempatan di atas kes penarikan gelaran "Dato" daripada YB Husam dan Cikgu Rahim umpama menangguk di air yang keruh.


 Husam ialah Naib Presiden AMANAH manakala Wan Abd Rahim Pengerusi AMANAH Kelantan.

 Lantaran itu, atas sikap permusuhan politik, Pas telah mengambil kesempatan dengan memberikan persepsi yang hodoh dan mengaitkannya dengan isu politik tempatan.

 Maka ada lebai Pas yang mendakwa kononnya penarikan pingat kebesaran itu sebagai melanggar bai'ah parti itu.

 Ramai yang mencemuh dakwaan bodoh tersebut kerana Cikgu Rahim menerima “Dato” ketika beliau menyandang jawatan sebagai speaker DUN Kelantan.Beliau tidak menjadi calon Pas yang dikatakan terlibat dengan bai’ah.Lantaran itu beliau tidak ada kena mengena dengan isu bai’ah.

 Begitu pula dengan Husam. Beliau telah dipecat dari Pas tanpa diberi peluang membela dirinya. Husam dipecat kerana kelantangannya mendedahkan salah laku urus tadbir kerajaan Pas Kelantan.

 Anak Hj Hadi pula berkata, bahawa ini menunjukkan rakyat tidak menerima kewujudan parti serpihan PAS berkenaan.

"Saya melihat tindakan dibuat Istana Kelantan dengan menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin terbabit adalah petanda mereka tidak diterima Sultan Kelantan dan rakyat negeri itu,” katanya.

Berikut saya telah kumpulkan beberapa komen dari nettizen yang membidas kenyataan bodoh dari baka Hj Hadi itu :

  Wfauzdin Ns: Untuk makluman Halil anak Hadi Awang, gelaran dan pingat tu bukan rakyat yg beri, dan bukan rakyat yg tarik, faham tak? Jadi, apa kaitan pulak dgn rakyat? Guane nak berbahas dlm dewan gini punya otak.....

 Betul la kata orang, kuah tumpah ke nasi.

Kameel Abuya : Nak bagi tau,yg Pok mung jadi embi sepenggal tu sebab RAKYAT tolak dia larr bodo ..


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi : Kerajaan Pas Terengganu jatuh ketika MBnya ada gelaran Dato' Seri. Jika begitu kayu ukurnya, lekeh benar minda politik KP Pas. 

Mohd Shubihi : Satu soalan mudah untuk dijawab oleh Khalil Abdul Hadi.. apakah mungkin berlakunya penolakan rakyat terhadap al-Ustaz Idris Ahmad Al-Gantangi kerana sampai ke hari ni al-Ustaz masih belum dikurniakan sebarang pingat kebesaran dari mana-mana istana termasuklah dari Istana Palembang dan Istana Surakarta?

Abdul Mubin Mohamad‎ : Tuang tuang dan puang puang... Bapak ambe Datuk Seri.. istana bui pingat Datuk Seri tu mase bapak ambe jd embi tranung dulu... Sampai ke le ni bapak ambe masih datuk seri.. tu tandenye rakyat sokong bapak ambe... Tapi yg peliknye.. lepah bapak ambe dapat datuk seri.. bapak ambe dah tak jadi embi... Dah guane ding???

Mohd Asmawi Ab Rahman : Inilah seperti orang tua kata, ayah kencing berdiri, anak kencing berlari, ketololan dua beranak ni sama naik...😀 

Jasmani Bin Puteh : LEBAI HATI BUSUK ....Pangai supa bapak dia & umnobn. Ingat SOK suka2 tarik tanpa nasihat dari MBK? Kita maklum YPDA wajib terima nasihat PM & begitu juga Sultan dgn MB.

Cikgu Din Sas : Inilah standard Ketua Pemuda Pas.Mudah betul sifir Ketua Pemuda PAS.Pemberian pingat dan penarikan pingat hak DYMM Sultan.Yang ayahnya MB. sepenggal jelas ditolak rakyat . Tunggu Pru 14,baru tahu parti mana ditolak rakyat.

Ahmad Uthman : Oh berat ketua pemuda PAS DALAM NEGARA ni, tak yakin Malaysia maju kalu otak anak hj hadi ni jadi pemimpin, masaalah kerajaang penyamun harta raayat dok khabor, soal pingat yg ada kemungkinan di rekemen parti PAS Kelantan supaya di tarik, jadi headline komen mamat kholil ni. banyak kali dok dengar ceramah dia, jauh tak bagus, takdok idea kepimpinan, puak2 lagu ni UMNO suka bekawang.

pok amid littor : KP parti cap bulan berOtak ciput!!! Macamana la nk tadbir negara/negeri kalau begini la cara otak ketua berfikir. Yg di bawah dia lagi la ngok agaknya! 

HADIGOL : Apakah yg diwarisi anak hadi dpd ayahnya... selain kupiah jubah dn kebodohan dlm berfikir. 

''Kita lahir di dunia ini tanpa ada apa dan begitu juga kita akan dikembalikan tanpa ada apa-apa. Apa yang lebih penting jasa baik atau kelakuan buruk yang kita tinggalkan. Baik atau buruknya nama kita bergantung kepada kedua-dua perkara ini,'' ~ Tengku Razaleigh Hamzah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA