Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 18, 2018

PARLIMEN PAS - 40 ATAU 130 KERUSI?



PAS akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) melalui gabungan Gagasan Sejahtera.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki ( gambar ) berkata PAS turut memberikan ruang kepada parti-parti dalam gabungan itu serta NGO dan tokoh masyarakat untuk bertanding dengan bantuan jentera parti Islam itu.

Masa bersama PR pun hanya dpt 21 kerusi, ini kan lagi bertanding solo nak 40 kerusi. Ini bukanlah berangan, tapi membongak!!!Mcm mana parti lebai boleh memperbodoh2kan ahli?Sejak almarhum TGNA takde, makin menjadi2 perangai umno dlm parti.- Husny Harun 

Ustat-ustat pandai berpolitik, itu baru duk hayal belum menang lagi, sejarah telah membuktikan PAS belum pernah memenangi melepasi 30 kerusi sebelum ini dengan bantu cina dan india ini kan pula hanya melayu saja baye-baye la.- Sukri Daud 


Ianya bukan sifir matematik. Yang tu pun belum tentu kekal. Realiti politiknya dimana nak korek undi bukan Islam? Apa Pas ingat UMNO akan berpeluk tubuh? Silap haribulan Kelantanpun larut. Bila UMNO puji itu alamat tak baik. - Ibn Abd Halim  

PAS harus sedar suasana politik pru13 tak sama dgn pru14...semasa pru13..PAS kena kaji dari 21 kerusi yg dimenanginya bukan solid undi melayu..tapi campuran dari undi cina dan india....apabila PAS tidak lagi dlm PR..sudah tentu beberapa kerusi yg dimenangi dlm kwsn campuran sudah tentu sukar utk PAS kekalkan kerusi2 tersebut...apa lagi jika berlaku 3 penjuru. Jadi peluang utk PAS dpt lebih dari 21 kerusi dlm pru14 nanti sangat sukar..melainkan PAS bergabung sama ada dgn PH atau dgn BN..tu je jalannya.- Rusli Omar 


Pas hanya pandai berkecuali di Parlimen. Tak pernah pedulikan beban rakyat. Lebai mimpi aje lah menang 40 buah kerusi. - Grace Tang 


Parti/gabungan yang menang kerusi terbanyak, misalnya 100 kerusi, walaupun tak cukup 112 kerusi, parti/gabungan tersebut masih boleh bentuk kerajaan "minoriti" selaku parti/gabungan terbesar dlm Parlimen tanpa perlukan penyertaan/sokongan rasmi daripada PAS. 


HARAPAN memang tak akan terima syarat-syarat PAS. Najib pula akan berdepan penarikan diri Sabah/Sarawak jika terima PAS melebihi daripada tahap sekarang, yang mana boleh menyebabkan kerajaan "minoriti" Najib selepas PRU 14 bertahan sekejap sahaja. PAS pasti nak undang2 syariah dilaksanakan segera jika Najib mahukan kerjasama PAS melebihi tahap "gundik simpanan". Sabah/Sarawak sangat2 pantang bahagian ini. PAS ni bila bukak mulut, selalu lupa yang Malaysia ni turut meliputi Sabah/Sarawak. Jika Sabah/Sarawak tarik diri, baki jumlah kerusi BN akan diatasi oleh HARAPAN. Najib tak akan benarkan ini berlaku. 

Lebih baik dia bentuk kerajaan "minoriti" 100 kerusi dan biarkan keadaan PAS seperti sekarang yang sekadar melukut di tepi gantang pada kaki Najib. Kesimpulannya, PAS dah lama mati. Hj Hadi sekarang ni selalu mengigau macam mayat hidup. - 

Abd Hadi Mohamad  Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap


1 comment:

  1. Senang aje 40 kerusi + 90j = 130. Sifir yg dizikir siang malam.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA