Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 10, 2018

NAFKAH POLITIK - PERLUKAN PENJELASAN..

Nafkah polilik: Husam terus asak kerajaan Kelantan beri penjelasan

Oleh ZIKRI ABDULLAH


 Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Husam Musa terus mendesak kerajaan Kelantan memberi penjelasan berhubung pendedahannya mengenai ‘nafkah politik’ yang dikaitkan dengan pembinaan Lebuhraya Rakyat.

“Saya berharap, anggota Exco kerajaan, Dato Hanifa Ahmad boleh memberikan penjelasan lanjut atas dakwaan ini,” katanya dalam satu kenyataan lewat semalam.

 Menurutnya, Bin Daud yang dikatakan terlibat dalam transaksi ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Hanifa, yang juga Exco bertanggungjawab terhadap pembinaan lebuhraya ini.

 “Saya mengenali Bin Daud sebagai seorang yang baik. Pendedahan ini tidak sama sekali bertujuan menyusahkan beliau.

“Tindakan saya ini hanya bertujuan menghentikan amalan sebegini, apatah lagi bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat di mana semua pihak sepatutnya berusaha mempermudahkan kejayaan pembinaannya.

 “Bukannya ‘menadah tangan’ di celah kepayahan wang sedia ada Kerajaan Negeri Kelantan.

 Sebagai sebuah Kerajaan Islam katanya, adalah satu tindakan tidak bermaruah untuk ‘menadah tangan’ menahan lukah bagi ‘nafkah politik’.

 “Apa lagi, tumpuan terpenting sepatutnya ialah menyiapkan Lebuhraya Rakyat. Bukan ‘menahan lukah’ di talian sempit, di mana kewangan Kerajaan Negeri sudah sedia terhimpit,” katanya.

 Menurutnya pada Ogos atau September 2016 dan Oktober atau November tahun yang sama, seseorang namanya ber-Bin Daud telah menerima sejumlah wang dari syarikat kontraktor pembinaan Lebuhraya Rakyat atas tajuk ‘nafkah politik’.

 “Ia sebahagian daripada jumlah RM10 juta yang dituntut sebagai ‘nafkah politik’ dari syarikat berkenaan, sebelum perjanjian ditamatkan melalui ‘settlement agreement’ bertarikh 14 Mac 2017.

 “Terimaan yang lain juga berlaku, tetapi saya akan huraikan dalam kesempatan yang lain,” katanya.

Mengenai persoalan kenapa tidak dilaporkan kepada SPRM, beliau berkata ada pihak, atas kesedaran tinggi mereka, telah membuat laporan itu bersama dokumen berkaitan.

 “Harus diingat, saya mempunyai salinan dokumen berkenaan.

 “Penjelasan Dato Hanifa harus mengambil kira kedudukan ini.

 “Menteri Besar sepatutnya bertindak membenteras amalan ini dan bukannya menghalakan muncung senapang kepada saya yang mempunyai tanggung jawab sebagai Adun yang dipilih rakyat,” katanya.

 Sebelum ini, ketika menjawab ugutan saman terhadapnya oleh kerajaan Kelantan atas pendedahan ini beliau mengucap terima kasih atas respons tersebut.

 “Atas ugutan saman itu, saya menunggu untuk hari ini,” katanya.

 Bagi Datuk Husam, akhirnya, beliau mendapat ‘penghormatan’ atas ‘berdokumennya’ pendedahan beliau.

 “Sama ada rakyat Kelantan boleh menerima atau tidak tindakan Pas merahsiakan sesuatu yang buruk daripada rakyat, terpulang kepada rakyat Kelantan tentukan dalam PRU nanti.

 “Jika fakta saya salah, apa perlunya ugutan untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang memberikan dokumen kepada saya,” katanya.

 Ia menunjukkan katanya, apa yang didedahkan adalah benar dan Kerajaan Kelantan cemas dengannya.

 “Kerana itu, respons Kerajaan Kelantan sangat lambat, terbatas dan lebih berunsur ugutan daripada penjelasan.

 “Fakta saya berdasarkan dokumen tertentu dan kerana itu Kerajaan Negeri, demi melindungi sesuatu yang tidak baik, terpaksa secara terbuka mengugut untuk mengambil tindakan kepada saya atau pihak yang membocorkan dokumen itu,” katanya. ~ sumber

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA