Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 12, 2018

GAGAL JUMPA ANWAR - MAAHATHIR KECEWA

Mahathir Mohamad, Malaysia's 92-year-old former prime minister.


1. Saya tidak dapat menziarahi Dato’ Sri Anwar di Hospital Cheras. Saya diberitahu Menteri Dalam Negeri telah mengarah pejabat penjara supaya tidak membenar saya ziarah Dato’ Sri Anwar.


2. Saya kecewa dan sedih. Apakah yang sudah jadi pada negara kita ini. Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini melarang sebarang lawatan untuk berjumpa pesakit atau banduan, samada ia ahli politik atau orang biasa. Saya, semasa menjadi Perdana Menteri, tidak pernah menghalang mana-mana banduan, termasuk Dato’ Sri Anwar, diziarahi oleh sesiapa.

3. Tetapi sekarang sudah ada arahan ini khusus bagi saya.

4. Tujuan saya menziarah hanya untuk ucap terima kasih kerana Anwar telah bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk saya dinamakan calon Perdana Menteri jika kami menang.

5. Dalam gabungan empat buah parti ini, kita bersetuju semua keputusan dibuat secara konsensus iaitu dengan dipersetujui oleh semua empat parti. Jika ada mana-mana satu parti tidak bersetuju, keputusan tidak akan diterima sebagai keputusan Pakatan Harapan.

6. Apabila saya dicalon sebagai bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan, tiga buah parti bersetuju, tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat keputusan.

7. Namun pada saat terakhir PKR bersetuju. Saya percaya masa yang panjang yang diambil oleh PKR ialah kerana tidak senang dengan saya, yang menjadi PM diwaktu Anwar dipenjara.

8. Memendek cerita akhirnya PKR bersetuju. Saya percaya persetujuan ini adalah oleh kerana pengasas PKR, Dato’ Sri Anwar dapat mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaan diri sendiri. Jelas Anwar, seperti semua kami dalam PH mengutamakan penyingkiran Najib lebih mustahak dari permusuhan antara kami dahulu.

9. Bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih dari dirinya.

10. Parti-parti lawan tidak pernah mengalahkan gabungan 13 buah parti dalam BN. Sebabnya ialah kerana parti lawan tidak dapat betul-betul bekerjasama antara mereka.

11. Hanya jika ada pakatan yang kuat hasil keikhlasan dalam bekerjasama antara parti lawan, barulah mereka berkemungkinan kalahkan BN.

12. Dengan Keadilan memenuhi syarat konsensus empat buah parti lawan, kemenangan PH menjadi lebih cerah.

13. Sebab itulah saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik.

14. Lagipun semua orang tahu perlantikan saya akan menentukan kekalahan Pakatan Harapan. Bukankah Institute of Strategic and International Studies Senior Fellow Sholto Byrnes telah berkata pencalonan saya bermakna Pakatan telah ambil satu langkah kebelakang. Apalah nak takut sangat perjumpaan saya dengan Anwar. Tentulah ia akan jadi satu lagi langkah kebelakang oleh Pakatan Harapan.

Tun Mahathir Mohamad
11 Januari 2018
(Dipetik dari blog Chedet)


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA