Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 8, 2018

8 JUN TARIKH KERAMAT..... ANWAR


KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018, 2 hari lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.




Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar dilapor sebagai berkata, pengiraan tempoh hukuman dan tarikh pembebasan itu dibuat berdasarkan Seksyen 44 Akta Penjara (1995) dan Peraturan 43 (1)(a) Peraturan Penjara.


"Akta dan Peraturan tersebut memperuntukkan 1/3 pengurangan hukuman terhadap mana-mana banduan yang menjalani hukuman penjara lebih dari sebulan,"

"Peraturan 28 Undang-undang Penjara 2000 juga memperuntukkan, sekiranya pembebasan seorang banduan jatuh pada cuti hujung minggu ataupun cuti umum, banduan berkenaan patut dibebaskan pada hari sebelumnya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, memandangkan 10 Jun jatuh pada hari Ahad, dan 9 Jun adalah hari Sabtu, maka Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada 8 Jun 2018.

Menurut Zulkifli, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, jabatan penjara dan penjara Sungai Buloh tidak menerima sebarang waran ataupun arahan dari mana-mana pihak berkuasa untuk meminda hukuman terhadap Anwar.

"Tarikh pembebasan Anwar pada 8 Jun juga tidak ada kena mengena dengan pelaksanaan sistem parol, atau sebarang arahan dari Lembaga Pengampunan," tambahnya.

Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat pada bulan Mac 2014, selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah ke atasnya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan pada hari Sabtu menyatakan Anwar akan dibebaskan dari penjara pada 11 Jun 2018.

Read more: http://www.milosuam.net/2018/01/anwar-ibrahim-bebas-dari-penjara-pada-8.html#ixzz53UVzOq2l

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA