Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 23, 2017

MENARA FELDA HEBAT ........

TANAH yang dipindah milik dalam transaksi meragukan antara Felda dan sebuah syarikat swasta dianggarkan bernilai RM1 bilion, lapor akhbar Berita Harian hari ini.
Nilai itu jauh lebih tinggi berbanding harga jualan antara agensi pembangunan tanah negara itu dengan Synergy Promenade Sdn Bhd, pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Eksekutif Penilaian Kanan Hartanah, Umran Suffian Husin membuat anggaran harga pasaran antara RM1,300 hingga RM1,600 sekaki persegi berdasarkan data hartanah sedia ada di Jalan Gurney, Jalan Maktab dan Jalan Semarak.

"Ini adalah anggaran kasar memandangkan nilai hartanah di kawasan itu bergantung pada saiz, zon kegunaan tanah dan lokasi sebenar," kata Umran seperti dipetik akhbar itu.

Berita Harian turut mendedahkan yang sumber rapat KLVC mengatakan tanah tersebut mencecah RM1,950 sekaki persegi dan terdapat beberapa kumpulan syarikat luar negara berminat dengan tanah tersebut. 

Bagaimanapun, KLVC mahu membangunkannya sendiri. 

Akhbar sama kelmarin melaporkan tanah strategik berisiko "lesap" selepas satu transaksi diragui pada 2015.

Transaksi pindah milik meragukan itu melibatkan pembangunan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda yang kini dimajukan KLVC, lapor akhbar itu.

Semakan dilakukan akhbar itu di portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati menara ikonik Felda itu sudah diluluskan untuk dimajukan.

Pelan pembangunan itu termasuk bangunan pejabat 68 tingkat yang meliputi 59 tingkat pejabat, kawasan parkir, taman atas bumbung dan helipad.

Memetik sumber, Berita Harian mengatakan syarikat itu dilantik Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) pada 3 Jun 2014 dan diberikan kuasa penuh untuk membangunkannya.

Lembaga Pengarah Felda hanya diberitahu mengenai projek itu tiga bulan kemudian, pada 2 September untuk kelulusan retrospektif.

Shahrir Abdul Samad yang merupakan pengerusi Felda sekarang sudah membuat laporan polis selepas mendapati ada unsur mencurigakan dalam transaksi itu dan Synergy Promenade Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kuasa membangunkannya.

Isa adalah pengerusi Felda daripada 2011 hingga Januari 2017 sebelum digantikan oleh Shahrir yang juga merupakan ahli Parlimen Johor Baru.

Isa juga adalah pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) daripada Januari 2011 hingga Jun 2017, dan merupakan pengerusi FIC sejak penubuhannya pada 2 Julai 2013 hingga tahun ini.

Dia kini memangku jawatan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Isa mengelak menemui media yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 21 Disember lalu. – 23 Disember, 2017.

Sumber — The Malaysian Insight


Read more: http://www.milosuam.net/2017/12/tanah-rm1-bilion-felda-pindah-milik.html#ixzz525nBmLpt

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA