Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 17, 2017

HAK MUSLIM - SERBA SALAH DI MALAYSIA




Dobi "Muslim sahaja" : Peniaga, pelanggan boleh memilih - Bekas Ketua Hakim 


Selepas pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap pelaksanaan dobi “mesra Muslim”, kini giliran bekas ketua hakim negara pula tampil memberikan pendapat beliau dari sudut perundangan. 

Tun Abdul Hamid Mohamad said menerusi catatan di blognya pada Jumaat lalu berkata, dari segi peruntukan undang-undang adalah tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pengusaha dobi untuk meletakkan papan tanda “Muslim Sahaja”.


 “Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya jika ada,” kata beliau yang bersara pada 18 Oktober 2008. 


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tun Abdul Hamid berkata peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan yang terkandung dalam Perkara 8 hanya terpakai untuk kerajaan dan bukan individu. 


Jelasnya, Klausa (1) mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. 


Manakala Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalan klausa itu. “Perhatikan bahawa semua larangan itu tidak berkenaan dengan seorang individu. 


“Pengusaha laundret adalah seorang ahli perniagaan. Dia boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa,” demikian menurutnya dalam entri tersebut lagi. 


Tambahnya, isu mengenai konsep dobi khusus untuk Muslim bukan hanya melibatkan hukum, sebaliknya ia juga mengenai perasaan pelanggan atau bakal pelanggan.


 Katanya, seseorang peniaga berhak untuk menentukan konsep perniagaan mereka dalam usaha untuk menarik pelanggan dan jika peniaga itu merasakan kedai untuk “Muslim Sahaja” boleh memajukan lagi perniagaan, maka terserah kepadanya. 


Begitu juga dengan pelanggan, mereka mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan mana yang mereka mahukan dan memberi keselesaan kepada mereka, ujarnya. 


“Jika kebanyakan bakal pelanggannya orang Islam dan mereka tidak akan datang ke kedainya jika mesin yang sama digunakan untuk mencuci basuhan orang bukan Islam biar apa pun sebabnya, apa salahnya jika dia meletakkan tanda itu?


 “Kita tidak boleh menyalahkan pengusaha laundret jika pelanggan atau bakal pelanggannya tidak suka mesin yang sama digunakan oleh orang bukan Islam untuk mencuci basuhan mereka. 

“Pengusaha laundret adalah penerima akibatnya. Salahkah jika dia cuba mengurangkan kerugiannya dengan berusaha mengelak sebabnya? Mungkin dia sendiri pun merasa geli melihat perkara seperti itu berlaku. Salahkah jika di cuba mengelaknya?,” katanya. 


Tun Abdul Hamid yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara turut membuat contoh perbandingan sekiranya pemilik rumah yang mahu menyewakan rumah mereka kepada orang Islam sahaja dan mempamerkan iklan yang sama, adakah ia juga menjadi satu kesalahan? 


“Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama,” katanya mengakhiri catatan tersebut. 


Terdahulu, isu dobi “Mesra Muslim” kembali menjadi topik hangat selepas presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia dalam ceramahnya pada 10 Oktober lalu dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbaur perhinaan kepada Sultan Johor yang mengecam pemilik sebuah dobi di Muar kerana enggan berurusan dengan pelanggan bukan Islam. 


Susulan itu Rabu lalu, Zamihan ditahan dan direman dua hari untuk membantu siasatan berikutan kenyataan kontroversinya, namun pada Sabtu lalu media melaporkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. - mD


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA