Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 20, 2017

FOREX - LAPORAN TAK SAH - MAHATHIR.




ULASAN l  - Seperti yang dijangka penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan, dengan dakwaan bahawa pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu. 


Kononnya perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa itu tahu dan sedar akan penipuan tetapi tidak mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat. 



Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan. Yang tentu tahu dan bersubahat menyembunyikan jumlah kehilangan sebenar ialah orang yang, selepas 30 tahun, membuat dakwaan bahawa jumlah kehilangan sebenar bukan RM11 billion tetapi RM30 billion. Sudah tentu bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid benar-benar sudah lama tahu dan sedar akan jumlah kehilangan dan penipuan yang dibuat. 



Sudah tentu beliau boleh dedah awal-awal lagi penyelewengan ini dan pegawai dan auditor yang terlibat. Tetapi ia tidak dedah.



 Jika perdana menteri dan timbalan perdana menteri dikatakan bersama menyembunyikan angka 30 billion, Abdul Murad lebih terlibat dengan menyembunyi kebenaran. 



Tetapi Abdul Murad (gambar) tidak dianggap bersalah kerana menyembunyikan penipuan itu begitu lama.


 

 Abdul Murad pilih untuk mendedah “breach of faith” ini apabila jelas ia memberi peluang kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak terhadap musuh politiknya, walaupun perkara ini tidak lagi disoal bertahun-tahun, walaupun oleh parti pembangkang. 


Dengan tidak menghormati maksud undang-undang, Najib dengan kuasanya merebut peluang memulakan proses supaya akhirnya perdana menteri masa itu dan timbalannya dapat disalahkan. 



RCI ini memakan masa yang panjang. Ramailah saksi dipanggil dan kenyataan panjang mereka diperdengarkan. 



Selain dari saksi disoal dan menjawab, memorandum yang panjang dengan butir-butir terperinci oleh saksi diserah kepada RCI. Peguam-peguam saksi turut hadir sepanjang RCI bersidang. 



Mereka juga turut memberi penjelasan dan membuat soalan. 






Memanglah RCI berhak membuat laporan tersendiri. Tetapi laporan yang diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, walaupun tebal, jelas menunjukkan butir-butir yang ditulis oleh RCI hampir tidak mengandungi fakta-fakta yang relevan yang diperdengarkan oleh saksi atau memorandum mereka. 



Walaupun penjelasan oleh saksi dicatit verbatim atau terperinci, tetapi RCI tidak sedikit pun menghiraukan penjelasan oleh saksi. 



Yang jelas ialah seluruh laporan RCI bertumpu kepada penentuan penglibatan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan Ketua pasukan bahagian dagangan wang Bank Negara pada masa itu. 



Semuanya berasas kepada sangkaan. Sangkaan ini dianggap sebagai fakta benar untuk polis bertindak. 



RCI bukanlah badan kehakiman. Tetapi laporannya lebih merupakan hukuman terhadap pihak yang dibicara. 



TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan. 



Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. Read more at https://www.malaysiakini.com/news/406026#7oRgCCV0C4SwgZ9k.99


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA