Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 28, 2017

KEMANA HALA TUJU PAS KINI?

Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM

SHAH ALAM - Kini terbukti wujud ramai pemimpin yang tidak setia dengan presiden dan parti dalam kepimpinan utama Pas.

Itu pandangan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib ( gambar ) berhubung tindakan Ketua Pembangkang Kedah dari Pas, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu, kelmarin.

Katanya, dalam perjuangan apa pun parti, tidak menyokong dasar dan tindakan presiden adalah ibarat menentang parti.

"Pas perlu berhati-hati dengan berkemungkin ada kumpulan pro Pakatan Harapan yang aktif dalam Pas dan menunggu masa untuk mengambil alih Pas dari dalam," katanya.


Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata, tindakan Amiruddin itu adalah satu manifestasi permulaan, mungkin ramai lagi  wakil rakyat daripada Pas yang masih lagi takut meninggalkan Pas buat masa ini akan berbuat demikian ketika mereka tidak dicalonkan semula untuk PRU14.

"Pas kini dalam fasa membangunkan semula tarbiyah parti supaya taat pada parti dan pemimpin utama sendiri, bukannya taat dan terpesona dengan pemimpin Harapan," katanya.

Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya memilih ketua pembangkang Dun Kedah yang lebih pro kepadanya.

"Jangan pandang remeh isu tidak patut dan hormat pada Presiden. Pas perlu pilih, taat pada Haji Hadi atau taat pada Harapan?," katanya.

Md Shukri berkata, Pas dilihat sudah mengimport terlalu banyak idea dan pola pemikiran asing yang tidak bersifat jati diri asal.

"Kini konsep Pas untuk semua perlu dikaji dan kembali kepada prinsip Pas jadi alat untuk Islam bukannya untuk politik dan kerusi PRU," katanya.

Beliau berkata,  apa yang berlaku kepada Pas ialah terlalu ramai wakil rakyat dari kalangan mereka yang tidak berjati diri perjuangan asas Pas, hanya mahu menang dan menikmati hasil Pas tanpa dihargai peranan parti pada mereka.

"Persoalan yang timbul adakah tindakan YB Amiruddin ini sudah memasuki fasa bahawa Pas Kedah sudah mula memprotes Haji Hadi dan kepimpinan sedia ada secara terang?," soalnya
.
Menurutnya, Pas kini diambang perang ke atas 'neo kolonialisme' atau penjajahan bentuk baharu yang seolah diasak bekas rakan pembangkang mereka iaitu Harapan.

"Penerimaan Bersatu terhadap Amiruddin juga jelas menunjukkan rasa tidak hormat parti itu dan Harapan ke atas Pas.

"Pas mungkin dianggap 'lembik' dan dayus hingga mudah dipermainkan sesuka hati.
"Adakah akar umbi Pas boleh percayakan Harapan dan kembali kepada pakatan politik mereka jika pemimpin kanan parti pun boleh 'dicuri'?," katanya.

2 comments:

  1. Hala tuju PAS di bawah Haji Hadi sekarang menuju ke arah syurga dunia ciptaan Dajjal.

    ReplyDelete
  2. pungkok hang lah..parti PAS tu sendiri yg menyokong,bersekongkol dan mambantu UMNO yg bergelumang dgn rasuah dan zalim ..sapa salah sekarang nie..kena ingat..naluri manusia yg baik tak suka pd rasuah dan kezaliman..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA