Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 28, 2017

KENAPA ISLAM DI BENCI.... HJ HADI




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik pihak yang membenci, memusuhi dan melabel Islam sebagai pengganas. 

Menurutnya, orang Islam dihalang daripada berpolitik walaupun bagi tujuan melaksanakan syariat. 

“Dihalang kalau berjaya dan maju dalam apa sahaja lapangan. Dinar tidak layak menggantikan Dolar dan Euro. 

“Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya,” katanya dalam satu kenyataan. 

Jelasnya, negara bukan Islam khususnya Israel dibenarkan memiliki senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar. “Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-lain. Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi. 


“Halal bagi Presiden George Bush (presiden ketika itu) menyebut perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan,” katanya. 



Tegasnya, apa sahaja perkara berkaitan Islam akan disenaraihitamkan dan tentang.



 “Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan Iraq tetapi tidak Korea Utara. 



“Walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam Amerika. Barangkali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam,” katanya. 



Jelasnya, pihak yang mempertahankan Islam dan menentang keganasan seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah akan disenaraikan sebagai pengganas. 



“Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir,” katanya. 



Katanya, orang Islam dinafikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia kerana dianggap tidak layak. 



“Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan keputusan yang berpihak kepada Islam. 



“Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan elektrik kepada orang yang dihukum,” katanya. Wartawan Watan-Online


Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA