Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 21, 2017

HADI BERENTAP DGN MAHATHIR.......


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membalas semula kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berkata undian terhadap PAS sama sahaja seperti mengundi BN.

 Abdul Hadi berkata, undian terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) pula bersamaan dengan "mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir".

 Dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini, beliau berkata bekas perdana menteri itu patut bertaubat kerana menjadi punca kepada kerosakan sistem negara, pengurangan kuasa Raja-raja Melayu, amalan demokrasi yang tempang dan menjadi diktator ketika zamannya.

 "Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya. Ini menunjukkan beliau tidak jujur untuk selamatkan Malaysia. 

 "Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah (Parti Amanah Negara), Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir," katanya seperti dipetik. 

Mahathir yang kini menjadi pengerusi HARAPAN pernah menggesa mereka yang mengkritiknya untuk melupakan hal lalu dan menumpukan perhatian kepada masa depan negara.

 Beliau juga telah memohon maaf kerana mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu ketika menjadi perdana menteri. 

 Hadi dan Mahathir dilihat mula bertentangan selepas BERSATU gagal untuk merumuskan kerjasama dengan PAS. 

PAS enggan bekerjasama dengan parti itu kerana hubungannya dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

 Berkenaan hubungan PAS dan Umno pula, Hadi menegaskan pendirian parti ialah mereka hanya akan bekerjasama berhubung soal melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

 "Adapun dengan Umno BN, kita mengambil pendekatan 'taawun' iaitu menyokong apa yang baik dan positif demi keutamaan Islam dan Melayu.

"Kita membantah apa yang negatif dan salah yang merugikan negara dan rakyat seperti GST, TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ), DLP (Program Dwibahasa di sekolah) dan Akta 164 (Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian) (Pindaan) 2017)," katanya lagi.

 Beliau sekali lagi menegaskan PAS akan bersama-sama Gagasan Sejahtera bagi menghadapi BN dan HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang.~ sumber

 Komen-komen pembaca :
Syafik Fik : Bila baca artikel ni teringat kata-kata Tun Mahathir di Padang Timur baru-baru ini ,bila orang cakap Hidup Tun dengan nada perlahan dia berkata "terima kasih, xtahu la berapa lagi , mungkin 1 tahun, 2 tahun , cuma nak selesai amanah ni " dan Tun berkata lagii ye betul sy banyak buat silapp sy pilih Najib sebagai Perdana Menteri sy xsangka sampai ketahap Ini Najib buat Negara kita sy ingat dia mewrisi ciri-ciri sperti ayah nya Tun Abdul Razak tapi jauh sekali .

 terserlah di wajahnya tanda kekesalan akibat daripada kesilapan nya dahulu . Bagi aq tidak selayaknya kita mengungkit kembali segala kesilapan orang itu seperti tiada ruang kebaikan untuk dia ..

aq respe, berbual, bebincang lagi dengan orang yang menghantar suaminya ke penjara dan orang yang telah memisahkan anak-anak nya dari seorang bapa. Namun kebesaran jiwa dan hati beliau membuatkan aq rasa sngat tersentuh, beliau masih boleh memberi ruang dan peluang kepada Tun untuk menebus kembali kesilapan dan kezaliman yang beliau telah buat selama ni , kalau nak di kira kejahatan yang telah Tun buat pada president PKR dan Dato Seri Anuar Ibrahim selayaknya beliau menghukum Tun M.

fikir-fikir kanlah aq xmenolak orang alim tapi bila da mcmnii aq rasa makinn bahaya orng yang septutnya menjadi rujukan makin harii makinn menampakkan kekeliruan dan makin memecah belahkan umat Islammm..

Sazli Jufri : Allahu... tn guru.. yg ambo paham molek ibrah kisah2 sahabat sebelum dan selepas Islam.. siapa Sydina Umar Alkhattab.. ? Musuh kuat nabi s.a.w.. tp bila hidayah Allah beri.. mnjadi pembela kebenaran yg amat2 kuat bersama Nabi s.a.w.. apatah kira dibanding dgn umat2 terkemudian.. Sedangkan jasad yg amat2 teraniaya DSAI sudi memaafkan Tun M.. amat mulia sifat DSAI demi kepentingan Negara n Rakyat.. tp buruk pula pandangan ambo trhadap ketua parti islam yg masih penuh kesumat?? Wallahu'alam

Mat Yet : Pada pendapat aku, Mahathir sudah pun bertaubat nasuha. Oleh sebab itulah, dia sedang bermati-matian memperjuangkan kebenaran demi menebus segala dosanya. Mahathir sedar Najib banyak mengikut jejak langkahnya dalam melakukan kemungkaran terhadap negara dan rakyat. Kesedaran itulah membuatkan dia berjuang bagi membetulkan Najib. Agaknya, TGHH tidak berupaya bersikap positif dan berbaik sangka terhadap orang lain.

TG Shah KB : Dia ni ulamak su` dengan walaun Hari Hari dok kutuk Amanah , DAP, PKR dgn Mahathir, apa saranan membina dia utk rakyat seharian dlm menjalani kehidupan seharian, Kos sara hidup, GST, harga minyak, yg dia dok sibuk kerusi, taawun dgn Umno, maki PH, Hadi ko takpa la elaun masuk ratusan ribu sebulan, walaun bodo rata rata Naik kapcai jer...lepas ni mesti walaun bodo Mari bahan aku nih...huhuhu

Eapoi Kamal : pung pang.. pung pang hentam ph bro tapi dia sendiri tak buat apa utk rakyat. org nak hapuskan pemimpin yg tak amanah dia pegi hentam org tu balik. ph hentam najib hadi kepanasan hentam ph balik. tak paham aku apa prinsip hadi ni dah.

Mohd Safuan MohdSafuan : Haji hadi dh mintak maaf belum tuduh org lain makan pil kuda ?? Dah mintak maaf lum gelar orang lain barua, haram jadah , anjing ??

Dah mintak maaf belum sebab sucikan dosa mat taib masuk PAS hr tu?? Dah mintak maaf belum, tangguh RUU selepas gelaran munafik kena pada pihak yg mhn tangguh pd masa sesuai sblm tu??

 Dah mintak maaf belum senjata HUDUD dijadikan tunggangan agama selama berpolitik??

 Dah mintak maaf belum , gunakan nama kesatuan ulama dunia untuk menghalalkan perjumpaan dgn ulama SYIAH?? Dah mintak maaf lum pasal AMANAT jihad??

Mohd Nizam : Undi PAS bererti setuju dan bersekongol dgn Penyangak Penyeleweng Perasuah Penipu putar belit MO1 PM Najib dan kroni2nya dlm BM UMNO

Redhuan Ali : Mahathir zalim ke? Tak usah tipulah. Zaman Mahathir mana ada rakyat mengeluh harga barang naik. Gst pun takda. Sebaliknya peluang pekerjaan berlambak, gaji cukup makan, peluang pendidikan terbuka luas. Mungkin Mahathir zalim kepada Anwar, tapi Anwar sudah memaafkannya. Hadi Awang ada apa? Sokong Najib adelaah. Apa namanya "taun", "taun"?,, oh "ta'awunnn"

Kamall Harun : Susah klau yg nyanyok bagi statement..Sape yg Rosakkan Parti Pas hingga Tertubuh nya Amanah..Kena Batang Hidung sendiri xmahu mengaku..

Zainie DinSpoon : Pas skrang pembela Najib umno bn.Biar rakyat menderita akibat najib merompak mencuri melanun harta dan memeras rakyat kesuruhan dgn GST namun namun Pas hari ini pimpinan Hadi tetap menghalalkan cara setelah di sumbat dedak 90 million

Hazar Aja : Nama je parti islam apa yg islamnya..klu bnr2 islam...islam xde suruh menfitnah ..mengadu domba..menghina islam..mengutuk org..mcm mana kita org nk respect..nabi nk membina islam mcm ini ke..klu nk jd pemimpin islam ikutlah cara rasullullah..jgn hanya lmbg bln yg hijau je..bln warna hijau ke...

Tan Hashim : Undi PAS bererti merestui ulamak dedak

Jamall Ross : Bodo btol la lebai sekor ni,klu PH x blh nk undi BN ke ? Kepala hotak mu.....segala apa pn susah skrg ni...nk bg kuasa lg pd Najib? Woiiii, ni ke ulamak yg dibangga2 kn? Allah beri akal suruh kta brfikir mana baik dan buruk,tpp kenapa otak mu x berfungsi sbb tu lah jgn shubahat tng rasuah dan suapan kelak tiada yg membezakn kemunafikan diri.....

Din Nayan : Dia ni bercakap pasal pemimpin dan hal2 politik tk sentuh langsung hal2 kehidupan rakyat yg terbeban dgn kos sara hidup yg melampau kalau pun berbaik dgn parti pemerintah tk kan tk bolih berbincang bab kehidupan rakyat tentang harga barang yg melambong harga minyak yg setiap minggu naik hidup rakyat kini tertekan dgn pemimpin negara ini yg lebih mementingkan kedukan merka dlm politik dari membela rakyat yg hidup menderita kais pagi makan pa

Ezafel Fiekry Dato Shakier : tun lawan skrg sbb rakyat dh terbeban dgn kos sara hidup meningkat dan rasuah semakin menjadi2..hadi ni mmg tau bnd tu tapi bile dh brkwn geng sane bt2 tk nmpk je..bkn dia tk tau ahli pas pun ssh nk sara hidup skrg ni..brjuang untuk rakyat bnyk faedahnye dan jasa akan dikenang sampai mati..

Che Jan Che Pi : Habis hutan simpan dan bukit bukau ditarahnya,org asli kena halau dari tanah sendiri.contoh sudah ada di Kelantan,berbeza pendapat dlm politik pn berbakul dimaki hamun,apa lgi berbeza agama, minta simpang

Nurulhuda Mohamed : Klu merestui kezaliman Najib, halal ke???!!! Tolonglah... Personally, saya x rasa Tun M zalim...so saya berhak sokong pemimpin "zalim" mcm Tun M.. Org2 yg rasa x senang dgn Tun M je rasa beliau zalim sbb Tun M akn buat mrk2 ni hidup x aman, tdo x tenang.. ha ha "Tun M zalim dlm membentras kezaliman.."

Muhamad Faris Abdullah : Dah kalau ph xboleh pakai..nak undi bn lg ke haji? Sifirnya rata2 rakyat nak ubah kerajaan atas sbb2 ekonomi. Dah nak undi pas sah2 pas xboleh menang putrajaya. Kena ingat...ramai yg nak jatuhkan bn bukan ahli or penyokong ph pun. Ramai dari rakyat yg nak perubahan. Aku sendiri smpai skrg xsetuju dgn tun m..tp matlamat nak tgk bn bungkus lg penting.

Boon Chai Loh : Korupsi dalam kerjaan pimpinan Najib ditahap tidak pernah dilihat dalan sejarah negara. Pendirian saya PAS sebuah parti yang mampu kawal keadaan ini dengan memberikan 'check and balance'. Apalagi kalau tidak kecewa dengan PAS sekarang diketuai HH yang sanggup 'tidur sekatil' dengan Parti korup UMNOBN yang kini mengakibatkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit negara asing sehingga terpaksa gadai tanah mewah kepada lain bagi menstabilkan ekonomi malaysia.

Tok HH seolah-olah tak nampak serta tak sedar perihal ini, bahkan sokong mereka yang merosakkan negara kita yang tercinta. Beliau patut berdiri hadapan cermin dan bayangkankan diri sendiri sebelum tuding jari ke arah orang lain. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Tony Sigap : Raayat boleh lupakan kesalahan tun..krna tun tidak menyusahkan raayat..kami xde gst..kami dpt subsidi..barang murah.rumah kami mampu beli..hanya pemakan dedak saja yg sokong BN..insaf lah ko hadi..buka minda dan mata ko ..lihat kebenaran...

Ahn Jang Ahn Jang : Orang arif dan pandai agama macam ni ke? Fitnah sana fitnah sini..burukan orang itu burukan orang ini...ko ingat rakyat marhaen buta tuli dan bodoh ke??? Aku ingat dia ni HA lg buruk dan busuk hati sebab tu bokeh berlaku peristiwa memali dek kerana taksub cakap dia....

Lina Optional Salina : Wahaii TGH, sedihnya saya, harapan PAS satu2nya parti pembela Rakyat rupanya TGH pembela si Pemimpin korap yg menyusah hidup rakyat..

Al-Jibby Al : Hadi xnak jatuhkn najib... Pelik juga..nama pmbangkang tp xnk jatuhkn pihak lawan iaitu najib

Mam Ku : Kalau undi Tun M undi kezaliman.. Mcm mana kalau undi Najib? Nak tanya GST tu cukai yang dibenar kan ISlam kah? Rasuah dlm malaysia tu apa hukumnya.. Simpan harta hidup mewah tapi rakyat menderita apa hukumnya? Saya akan undi Pas lah lepas ni..

Mohamed Haniffa Ben Yousoff : Apa yg TGHH cadangkan sabenarnya ya, undi BN, biarkan Najib terus memerintah, hutang sekarang pun dah hampir RM1 Trilion, dok canang dosa Tun M, dosa yg telah berlalu, yg sedang berlaku ko nak.kami diamkan diri ke

Megat Terawis : Undi pas dan umnobn sama macam merestui lanun, perompak, kezaliman bijan terhadap rakyat dan islam diperjudi kan oleh Hadi.

Adi Masta : pas hari ini adalah parti yg paling sempit skop perjuangannya....sabuah parti yg tiada hala tuju....bila hadi mengatakan enggan bekerjasama kerana ada parti Amanah dan Dap.. nampak sangat dangkal pemikiran mereka sebagai pemimpin Islam.... pemimpin Islam yg ada karisma, profesional, berwibawa, bijaksana, berkebolehan tiada jurang dengan mana2 parti pun dlm dunia ini, melainkan pemimpin2nya yg sangat lemah dan tidak berkebolehan....patutlah dpt terengganu dulu parti Pas langsung tak mampu nak buat apa2 perubahan dan mengolah kpd apa2 pun sistem Islam yg mereka laung2kan....kebenarannya memang mereka tak mampu..,mereka tidak berkebolehan langsung, hanya petah berpidato, bijak bercakap, buat kerja langsung tak pandai.....jika beginilah taraf pemikiran mereka..,rendah dan tidak berkualiti....,mana mungkin mereka bolih jadi pemimpin umat dibumi malaysia ini....jahanam negara...

John Jill : Hadi awang ni pun supo jugok.cakap tok supo bikin..bikin tok supo cakap...hari ni mu kato lain..esok luso mu kato lain..ruponyo bengong jugok puok2 pah ni...celik mato gak sikik wahai hadi awang dan ahli2 pas...Allah maha kayo...tengok sekeliling gak..lo ni berapo nilai duit malaysia dimato dunio.lo ni tm nak bantu malaysia dari jatuh merundum pasa pokjib tu.hute sano sini...hargo bare maha dooh..kijo lo pulok payoh nak dapak.rama ore luar jah.lagu mano rakyak malaysia nak hidup...buko minda sikik hadi awang oiiii.

Manod Thawiphan : HANYA musuh politik saja yang anggap Tun zalim tapi tidak pada rakyat kerana zaman Tun jadi PM kos sara hidup rakyat rendah,harga barang & petrol rendah, banyak project & banyak peluang pekerjaan .. forex rugi berbillion ringgit tapi tiada GST,Tun tak paksa rakyat tanggung apa2 kerugian yang berlaku semasa pentadbiran beliau... jadi rakyat kena pandai2 lah pilih PRU14 nanti...rakyat Malaysia sudah cerdik bukan BODOH macam ahli2 politik ...

Freesyco Addin : Zaman Tun dulu khazanah dan duit kerajaan banyak...hutang pun tak ada... Walaupun Tun dah kikis tapi rakyat masih belum lagi terasa bahangnya... tetapi selepas Tun buat pinjaman dengan bank dunia dan pembangunan diluar kemampuan serta menjadikan kabinet penuh dengan kroni-kroninya maka kesannya terpalit pada cucu-cicit akan datang.... Hutang makin bertambah dan tabiat boros pemimpin kerajaan selepas Tun sehingga Najib makin menambah luka yang sedia ada...Selagi pemimpin sekular yang akan memerintah sama ada dari PH atau BN sekalipun maka hasilnya tetap akan sama sahaja... Hanya pemimpin Islam tidak kira bangsa apa sekalipun yang beriman mampu mengubah Malaysia agar lebih adil dan sejahtera..

Raz Man : Antara Hadi dan mahathir, memang banyak bezanya, hadi tiada pengalaman menguruskan negara , lihatlah pemimpin yg di katakan kejam spt Sadam Husin bila ia tak berkuasa Iraq hancur kerana kezalimannyalah ia mampu menjaga Iraq.Hadi pun tahu syurga itu banyak pintu untuk orang berpuasa, tahajud malam ,sedekah dan banyak lagi , harap mahathir dan semua orang dapat masuk syurga dengan kebaikan yg mereka lakukan, orang baik ramai orang suka yg paling jahat mereka yg menggunakan agama utk mencari kesenangan hidup dan pengaruh.Apa kata Hadi dan mahathir bertanding dalam PU14 di kawasan yg berkecuali jika mahathir kalah tidak di nafikan Hadi memang pemimpin ulamak dunia yg di sayangi kerana jika seorang itu seorang islam yg baik ia di sayangi oleh berbagai lapisan masyarakat dan agama.

Justin Modzi : Yang zalim adalah kerajaan semasa. Yang zalim adalah pemimpin yang sedang berkuasa. Nak fikir, kalau Mahathir ni takde niat nak betulkan keadaan buat apa susah-susah, dia boleh diam je. Still dapat duit jadi pengerusi Petronas dan penasihat Proton. Not to mention duit dia banyak. Juga Mukhriz boleh terus naik kalau kawtim dengan Najib. Mokhzani pun boleh makin senang. Kalau nak fikir interests anak cucu it was in the past lah. Dia boleh ikut macam Pak Lah tidor je into the night. Hadi dan anak menantu on the other hand memang tengah cari tapak. Jadi satu jari tunjuk kat orang, empat jari tunjuk ke muka mung tu.

Ad Irwan : Ayat "beliau tidak jujur" yg tak tahan dgr tuh..dia lupa ke yg kita pernah nasihat kat dia yg "UMNO/Najib tidak jujur mahu PAS bawa RUU355" tp dia jawab keluar hadis ayat Al-quran semua yg bermaksud "itu kerja Tuhan, Kita jgn ambil alih kerja tuhan, Kita makhluk saja xtahu niat dan kejujuran org" tu dia katalah time dia nakkan sesuatu..skrg dia pulak ckp Tun M tak jujur. Agak2lah dia ni Tuhan ker???? 

 Muhd Shah : ko kata Tun M zalim ..dimana ko masa bosnia dibantu oleh Msia masa Tun M jadi pm..malahan ko kata dia pemimpin kafir yg patut dijatuhkan...ko mengaku tak kluar amanat songsang kata darah org2 umno boleh ditumpahkan kerana itu adalah jihad ko kata...lupa ke atau tak mahu mengaku...

Daut Tey : jadi lebai ini nak balas dendam ke? Tun tobat itu sebab umur 92 thn masih berusaha menbaiki Negara M'sia yang hancur ini. Tun tu kalau manusia biasa dah kat rumah main bersama cucu nya tak mcm lebai soal 90j sampai ini hari dah sue ke? tapi rakyat M'sia percaya lebai ini boleh ke sampai umur mcm tun?

  Ant Tna : Hud 11 113 -Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Ismail Saringat : Hahahahaha tak ush kata org zalim , dok tuduh org zalim,yg dituduh zalim tu ler yg bnyak membantu Rakyat,memberi ,membantu bagi pendidikan percuma,mengawal harga Minyak tidak Naik setiap minggu,tiada cukai GST,yang hampa tu ........apa yg hampa bantu.....!!..!!..!! Kita fikirkan apa yg Depa buat.......dari amanat nya.........

Farridzin Ikhsan : Ya Tun M memang banyak buat dosa.. tapi apakah DS Hj. Hadi tak pernah rasa bersalah di atas apa yang terjadi sepanjang amanat yang beliau pernah keluarkan? manusia itu bukan maksum dan mungkin DS Anwar dan keluarga telah memaafkan Tun tapi bukan DS Hj. Hadi. Walau bagaimanapun apakah DS Hj. Hadi merasakan zaman DS Najib nasib rakyat dan ekonominya lebih terbela dan menganggap lebih baik mempertahankan DS Najib dari memberi kuasa kepada Pakatan Harapan? Tidak pernah bekas pimpinan Pas terdahulu menggelarkan pemimpin yang keluar parti dan menubuhkan Parti Hamim dengan pelbagai tuduhan. Malah bekas YDP serta Naib Presidennya juga pernah melompat ke parti keris. Bagi manusia yang mempunyai iman serta dan percaya allah swt sentiasa membuka pintu taubat maka tidak salah menyokong mereka yang ingin mengubah sesuatu keburukan kepada kebaikan. Pas sepatutnya menyertai gerakan ini dan bukan mengejar bayang yang tak pasti. Mungkin dengan pintu rundingan perjuangan agama lebih mudah tertegak. Cadangan penangguhan usul RUU355 daripada ketua Dewan Ulamak Pas membuktikan bahawa sebarang tindakan demi agama boleh di tangguhkan selagi tidak bercanggah dengan syarak. Bersama-sama kita menangi PRU ke 14 dan selepas itu didiklah rakyat Malaysia agar memahami ajaran agama islam. Islam itu tertegak dengan mata hati dan bukannya dari mata pedang.

 Mohd Irwan Mohd Zuki: sblm tuan guru nk suruh Tun M bertaubat diatas kezaliman semasa pemerintahannya,semolek2nya tuan guru terlebih dahulu bertaubat diatas amanat songsang@sesat yg tuan guru buatkn sehingga tercetus Tragedi Memali. amanat itu lah punca segala masalah melibatkan org Islam pada masa itu.

Farah Diba : Klu ikut usia Tun.... yg seangkatan dgnnya dah nyanyuk n trbaring ats katil. Tapi knapa tuhan brikan beliau kesihatan yg baik walaupun x segagah dahulu beliau nak juga brbakti n brjasa pada rakyat.Inilah pemimpin sbnarnya yg brkorban demi agama bgsa n negara.Niatnya hya 1 utk mncegah kemungkaran.Pemimpin yg tamak n x amanah msti di jatuhkn utk msa depan negara n utk generasi yg akn dtg.X nmpak ke lagi byk yg dah trgadai?

  Johnny Tung : Saya tidak menafikan kezaliman dan kesilapan yang Mahathir buat dulu. Pada pandangan saya undi Harapan bermakna memberikan Peluang Kepada Mahathir memperbaiki kesilapannya yang lampau bersama Harapan

Yuza Zairy : Rase mahathir x la sekejam najib..

1.serahkan tanah ktm tnjg pagar kat singapore..

2..x ade first lady zmn mhathir..

3.najib dgn 1mdbnye..

4..china dh jajah mlysia zmn najib..

5..mahathir dh rangka klang valley smpai ade p.rjaya..cyberjaya..klia..litar f1 hingga skrg jd greater kl..

6..mahathir kurang kuase istana ade fedah jgk..

7..mahathir dh ngaku ksilapan pasal anwar..

8..mahathir x de gst..x naik harge minyak brg2 suke ati..

9..mahathir x de brim tapi perkasa ekonomi bumiputra hebat..sy sokong pas..tpi sy x sokong pendirian presiden pas.

Zunkiplai Zul : Aku terlajak dengar ke? Tok lebai hhawang ke yg terlepas dengar/pandang?...sebab yg aku tahu Dan terlajak faham... ayahandaku Tun.M ..sudah berapa Kali isthar mohon ampun Dan maaf kepada semua raayat malaysia diatas kesilapan Dan kesalahannya....sama ada kpda mereka/raayat yg sudi atau yg mAsih berdendam denganya...Tun telah me maafkan dan menhalalkan segala gala.s sehingga ayahandaku keakhir hayatnya....apa masih belum cukup/memadai???

Irkiz Rith ·: YANG MANA SATU LEBIH ZALIM

 �Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

�Percayalah saudara-saudara sekalian.

�Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan

�politik suku, agama suku

�. Inilah teks apa yang dikenali sebagai

�Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

�Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

 Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

 Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Rahimi Yusof : Tuan guru hj hadi juga patut benar memohon maaf kpd warga memali dan polis yg terbunuh dahulu.sebab utama pristiwa ini adalah terpengaruh dgn amanat yg tuan cipta ketika itu.

Mohd Lokman : Walaupon ditudoh zalim tak dinafikan juga Tun M banyak berjasa dan berbakti kepada negara ini dan kesan dan bukti2nya boleh dilihat dengan nyata disekeliling kita.Beranding dengan Amanat Hadi yang memechah belah umat melayu islam dinegara ini Sila baca amanat itu jika maseh ditampal didinding2 rumah.Diberi peluang memerintah Trengganu sewarak Hadi sekadar mampu bertahan sepenggal sahaja.Dimana kelemahannya.

Nass Iss : Ko lg zalim hj bawang weh..ko kluarkan amanat hadi enko..sebabkan penceraian laki bini... Masyarakt berpecah belah..adik abg mak ayah bergaduh...yg tu ko xnk mintak maaf ke...taksub sampai terjadi insiden memali..ko mengaku dulu kesalahan baru bole org lain mengaku.skrang ni hadi n beduh doh serang tun..apsal eeh..nk kata mkn dedak 90 dah dinafikan..yg pasti ank hadi byk dpt projek kerajaan skrang.. Penyokong naik motor..pemimpin naik keta mewah hasil dr tin milo

Taib Yusuf : Hadi lah penyabab kes memali dengan amanat karutnya patut dia yang meminta maaf...lebai akal bodoh..manusia tidak boleh pakai...

Mohd Saaid : Kau dah minta maaf ke dkt mangsa2 trajedi mamali dn ahli2 pas serta rakyat malaysia,yg amanat kau telah membawa kepada pertumpahan darah dn kehilangan nyawa,bertaubat lah hadi

Cheq Yazid : Tun m x perlu mintak maaf pd keluarga mangsa pun...sepatut nye ko yg mintak maaf dngn keluarga mangsa lebai hadi io...di sbb kn ko pnye fahaman songsang ko tu punca sbnr kejadian di memali tu..jngn cuba nk berdalih lg n menunding jari pd orng lain atas kesilapan sendiri...bg aq ko hnya seorng penunggang agama@menggunakan agama untuk kepentingan parti@diri sendiri...

Cikgu Anna Dirsinnie : Dbanding dengan kezoliman yg hadi lakukan memecah belah org islam sampai solat dua imam..bergegar tiang Arasy!!!!!!..kezoliman yg hadi laku ini terlalu besar dibandingkan dengan kezoliman mahathir.

Simon Tan : Kha!kha!.....! Wahai! Lebai kenapa anwar di humban kamu tak kata kena 4 saksi sdg JIb duit di masuk ke peribadi akaun, kamu kata kena 4 saksi. Kan itu panggil bagang!

Sa'ari Saari : Akibat AMANAT Lebai Hadi..laki bini bercerai,solat 2 imam,mati syahid (mamalia) makanan sembelihan org Umno(dulu)x bleh mkn..sekarang Klau org Umno sembelih kenzir pun lebai x ada hal kot....apakah dgn AMANAT lebai Hadi dulu...lebai Hadi pernah mengaku salah @ taubat...!!!

Mathew Tindin : Ko pun patut minta maaf kepd mangsa memali,sbb amanat ko lah mereka berkorban..ko ni dh sesat kan bangsa n agama sendiri..

Kayrool Azman Kayrool : Haji hadi lebih zalim Tuduh org islam kapir. Tragedi memali ada ketaksuban kpd amanat hadi....bilo mu nok tobat hadi? Bila mu nk minta maaf?

1 comment:

  1. Bila CAHAYA dtg bertandang..
    CAHAYA menyuloh terang benderang..
    Sgl yg Khianat Sgl yg Curang
    Akan terbongkar Tak dpt dihalang

    Ddlm GELAP Tanpa CAHAYA
    Cover-up Konspirasi, Sandiwara diJaja
    Semuanya ditutup mnjd "RAHSIA"
    Seolah2 Rkyat semua, Dungu n hina


    Izinkan CAHAYA menyuloh Diri mu..
    CAHAYA yg Lurus TIADA 'Bias" nya..
    Adakah kau JUJUR atau Penipu?
    Disitu lah kau temui, CAHAYA-Cinta..


    Adakah kau JUJUR atau Penipu?
    Disitu kau temui, CAHAYA-Cinta NYA..
    Yg JUJUR berKaseh Tak akan Merapu
    Yg ber CAHAYAkan-Cinta, Luhur Sntiasa


    "Where there is LIGHT, there is LUV...n when there r LUV n LIGHT there is expension of BEAUTIFULL understanding n co-operation.."

    ..n of course in d LIGHT n LUV, there r NO corrupt n NO barbaric-MIND s wel n ONLY elegance-MIND exist hi hi..

    ..b d collector of dLIGHT-LUV WISDOM n COMPASSION s ur life purpose my dearONE..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA