Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 7, 2017

APAKAH NIK ABDUH DAH MABUK - MUJAHID





1. Mabuk ada macam-macam, selain mabuk hakiki ada mabuk majazi. Adinda Nik Abduh sudah mabuk cinta dengan dengan pembenci Pakatan agaknya, maka semua yang disuka oleh kekasihnya itulah yang dimadahkan dan setiap sesuatu yang yang dibenci kekasihnya itulah yang dipenakan. Adat mabuk cinta begitulah adanya.
2. Orang mabuk cinta memang begitu, katanya kurang difahami. Hanya kekasihnya sahaja yang mengetahui apa yang diungkapkan namun bagi pendengar lain kata-katanya hanyalah bebelan yang layak dikatakan ‘meraban’ aja (baca meghaban, dialek Melaka)
3. Contohnya adinda mengatakan AMANAH anti reformis dalam masyarakat sedangkan AMANAH diasaskan dan ‘meninggal’ PAS kerana kejumudan PAS. Kejumudan adalah sifat bertentangan dengan ciri reformis. Tiada yang lebih jumud daripada parti yang telah berjaya merobohkan tembok perkauman berpuluhan tahun, tiba-tiba generasi adinda kembali membinanya semula.
4. Dalam ungkapan adinda tersirat hanya PAS sahaja yang boleh mereformasi masyarakat lantas AMANAH gopoh dan mengganggu usaha ini. Orang mabuk tak sedar apa yang diungkapkan, dalam kata adinda sendiri sudah ada sifat ‘takabur eksklusif’ iaitu perasaan bangga dia sahaja yang buat baik, orang lain tidak. Meminjam kata-kata Sdr Hanipa Mydin, ‘parti suci’, ingatkah adinda lagi pada Hanipa?
5. Tup..tup..orang lain pula jadi sasaran. IKRAM ‘duri dalam daging Gerakan Islam’. Jika benar cinta itu buta, butakah mata adinda? IKRAM atas apa kelemahannya telah melahirkan institusi pendidikan berkualiti, para profesional dan ulamak serta produk ahlinya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bagaimana duri dalam daging begitu berjaya?
6. Mungkin ‘Gerakan Islam’ yang tidak ada masalah ialah yang melahirkan golongan takfiri, maki hamun saudara se Islam, halalkan darah yang tidak setuju dengannya atau yang ala-ala ISIS. Saya maafkan adinda kerana dalam lamunan adinda penilaian agak lemah, al maklum sajalah.
7. Adinda Nik Abduh ada sebut tentang ‘Fiqh al waqie Al Malayzi’ dengan sinis. Apa yang sinisnya kalau para ulamak silam telah menjelaskan bahawa keadaan sesuatu tempat dan masanya menentukan sesuatu hukum. Saya maafkan sekali adindaku, saya lupa, hanya parti adinda sahaja yang boleh menyebut istilah Arab sebab itu menandakan betapa Islamiknya adinda. Istilah ‘taa’wun’ pun parti adinda sajalah yang ada hak cipta terpelihara menafsirkannya.
8. Sekali lagi ‘sang pemabuk cinta’ mendedahkan apa yang ada dalam kepalanya. Bukan sahaja DAP yang mahu selamatkan Malaysia, seluruh rakyat yang waras dan segar kepalanya mahu negara ini selamat dari pemimpin kleptokrasi. Kami dari Pakatan Harapan hanya menyedarkan rakyat ‘bahaya’ yang akan menimpa jika rakyat terus leka kerana negara ini bisa sahaja dijual dan dilelong macam mereka melelong RUU355, ingatkah adinda?
9. Itulah kejujuran adinda, bahawa segala yang membahayakan Malaysia angkara UMNO/BN yang makan dedak dan MO1 yang merompak seolah hanya sandiwara DAP untuk menakut-nakutkan rakyat. Kali ini kekanda harus bagi kredit pada adinda, sekurangnya bab ini adinda tidak meraban hanya ulang skrip sahaja.
10. Zombi Kg Pisang adalah tentang watak yang berhadapan dengan bahaya kampungnya. Watak-watak itu adalah tipikal watak Melayu yang penting diri dan ada agenda tersendiri. Ia bukan tentang zombi tetapi bagaimana kita bertindak balas dengan bahaya. Mamat Khalid terkenal pengkritik masyarakat Melayu melalui satiranya. Cubalah adinda cari sendiri watak manakah dalam cerita itu sesuai dengan cara berfikir adinda.
11. Tulisan adinda penuh rasa ingin membuktikan sesuatu kepada kekasih bukan soal isi kandungannya. Kekanda rasai, ia satu siksaan menanti keputusan sebenarnya. Lirik lagu ini boleh menenangkan tidur adinda tapi jangan lupa baca 3 qul dulu ya.
Jika benar cinta itu buta
Butakah mata ku
Berkali terluka masih jua ku menunggu
Apa yang ku ingin kan
Hanya kejujuran dalam perhubungan
Jika itu tiada apalah ertinya
Penantian ini hanya sia-sia..
Kekanda mu
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Bekas Ahli yang ‘meninggal’ Pas
Naib Presiden AMANAH ‘meninggal’ Pas
4hb Okt 2017

1 comment:

  1. Biarkan dan izinkan yg samar-GELAP-keliru itu berlaku dan berlalu pergi, krn tanpa yg GELAP lg kebudak2an itu, kita tak tau erti indah dan nikmatnya cahaya-KEDEWASAAN..

    Hidup ini akhirnya mmbawa kita mnuju mencapai "elegance-MIND" yg luhur LURUS kudus dan telus, dan bukan undur kebelakang sebaliknya mnjd "BABARICK-mind" yg bergelumang dgn ONAR2 rompakan, pembunuhan, fitnah, rasuah maki hamun tuduh menuduh penuh kesumat yg ketinggalan zaman..

    Perubahan ENERGY yg cantik lg positif sedang berlaku demi mengubah DARK-energy yg dah mula berlalu pergi, yg pasti tak akan dpt bertahan lg..

    Yg GELAP dan KORUP pasti gelisah takleh tidur malam krn CAHAYA yg terang sedang dan sentiasa menyuloh mereka setiap masa menuju garis penamat kekuburan masing2..

    CAHAYA yg terang bukan shj dtg nya dari maklumat2 data AUDIT yg tepat lg terperinci dgn sgl skandal yg mrk telah lakukan, ttp juga CAHAYA "alam" telah pun datang dgn signal2 PETIR RIBUT KEBAKARAN demi KEBAKARAN dan BANJIR-besar utk menghapuskan yg KORUP yg maseh sdondon sepakat subahat "addicted" ddlm KEGELAPAN..

    Raikanlah CAHAYA harapan baru yg pasti lg akan PASTI berlaku, dan ENERGY yg positif ini wajib kita raikan bersama2 krn ENERGY itu ada ddlm diri kita sendiri demi bumi yg indah ini beroperasi penuh CINTA Integrity Merit & Kaseh-Sayang..so bumi yg tercinta ini kan ceria segar dan bersinar kembali..

    Raikan cinta, raikan CAHAYA, raikan Integrity Merit Transperency dan raikan kaseh sayang..so sgl ONAR yg samar-GELAP-keliru lg kebudak2an itu automatically pasti akan padam dan tak kan kembali lg..

    "What u SAY(tru ur HEART intently), u shall be, hi hi..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA