Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 13, 2017

ALTANTUYA - NAJIB PERLU BELA DIRI



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tujuh yang lain untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman yang difailkan oleh balu penyiasat persendiran (PI) P Balasubramaniam.
Saman itu difailkan oleh A Santamil Selvi dan anak-anaknya. Santamil adalah balu Balasubramaniam, yang terbabit dalam kes warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati akibat diletupkan.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memberi mereka, termasuk dua adik Najib dan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham serta ahli perniagaan Deepak Jaikishian selama 14 hari bermula hari ini untuk berbuat demikian.
Hakim Hue hari ini menolak semua permohonan mereka yang mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu mereka memfailkan pembelaan.
Ini adalah kali pertama Najib dikehendaki memfailkan pembelaannya apabila saman difailkan terhadapnya.
Hakim Hue, ketika menolak permohonan itu berkata, tidak ada keadaan khusus yang dikemukakan oleh defendan untuk mahkamah membenarkannya.
Selain itu, beliau berkata plaintif juga berhujah bahawa hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan untuk mendapatkan keadilan telah disekat.
"Membenarkan penangguhan akan menghalang Santamil dan anak-anaknya melaksanakan hak asasi mereka," katanya dalam keputusan di kamar.
Santamil memfailkan saman itu dan mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun berkaitan Altantuya Shaaribuu.

Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.
Santamil Selvi dan tiga anaknya diwakili oleh peguam Datuk Gopal Sri Ram,  Americk Singh Sidhu dan Syed Iskandar Syed Jaafar.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397994#HWwtLx9exrc0VGEg.99

1 comment:

  1. CAHAYA 'ILAHI' percuma-FREE..

    Bak CAHAYA mentari free nFREE..

    CAHAYA itu ialah sbnr2 nilai kbnaran..

    CAHAYA itu mmbawa setggi2 nilai keadilan..

    CAHAYA itu 'TAQWA' Integrity MERIT luhur LURUS suci..

    CAHAYA azali tak mampu dipadam sbaliknya kan brganda2..

    Dgn CAHAYA itu, miracles of creative n innovative ENERGY yg mnjd sumber REZEKI REZEKI REZEKI n REZEKI kan pasti bertambah mncurah2 n brlipat2 kali ganda lg..

    CAHAYA itu juga semulia2 INTEGRITY Transperency MERIT amanah luhur LURUS kudus dan suci bersinar2 brCAHAYA ddlm sanubari..

    Syabass saudara, kita wajib sama2 mewar2 kan CAHAYA universal azali yg dibawa oleh nabi2 n wali2NYA itu tanpa n TANPA sehalus2 bias n prejudis kaum bangsa n agama hatta kpd diri kita sendiri..

    CAHAYA itu sgt2 terang n LURUS..hatta menyuloh memancar kedlm setiap kita yg tak mampu n tak dpt kita sembunyi kan lg..persis selayaknya sprt sabda/CAHAYA nabi SAW: "klu anak ku Patimah menCURI pasti ku potong tangannya.."

    Oh! yesss!

    YESS n yesss!

    ""CAHAYA itu wajib n WAJIB menyuloh kdlm diri kita terlebih dahulu sblum kita menyuloh kdlm diri insan yg lain..n setiap yg bernama "PEMIMPIN" itu wajib menyuloh kdlm diri mrk masing2 dgn sjujur2 skudus2 serta sluhur2nya.. n barulah sbnr2 CAHAYA itu akan bnar2 mnjd telus tembus bnar2 terang BENDERANG""!

    Begitulah indahnya CAHAYA Integrity MERIT amanah luhur LURUS transparency yg tlh dibawa oleh seluruh nabi2 yg wajib sama2 kita hayati kita subur n war2kan brsama2 kpd seluruh generasi ini.. n itulah "elegance-MIND" yg pasti n lg PASTI dpt melenyapkan sgl yg GELAP yg berpura2 yg menipu KELIRU mmbunuh merompak mnyonglap dgn sgl cover-up ONAR konspirasi2 "barbaric" yg penuh KESUMAT yg penuh sarat dgn maki hamun kata2 kesat yg sgt2 hina sgt jijik n keji..

    Suburkan CAHAYA cinta CAHAYA Integrity cinta kash sayang kpd sluruh generasi ini as "what we SAY tru our HEART intently, we shall be" hi hi..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA