Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 2, 2017

TENGKU NAN - PAS DAH SEDAR - TAHNIAH


Alhamdulillah, PAS sudah sedar, kata Ku Nan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersyukur kerana PAS tidak akan lagi bekerjasama dengan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Keputusan itu, katanya pasti memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan kekuatan pembangkang sebenarnya banyak bergantung kepada PAS. 

“Alhamdulillah, mereka (PAS) sudah sedar (sisi sebenar) pakatan pembangkang dan kita harap mereka boleh bekerjasama (dalam PRU-14) dengan kita. Itu saja harapan kita,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian hari ini.

 Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, PAS adalah parti yang berstruktur berbanding parti lain dalam pakatan itu.

 "Sudah tentu apabila mereka (PAS) tidak lagi bekerjasama (akan memberi kelebihan kepada BN). 

"Bagaimanapun, kita tunggu dan lihat, sama ada bekerjasama atau tidak, hanya Tuhan yang tahu. Saya tidak dapat menjawabnya," katanya.

 Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN pada 29 Ogos lalu mengeluarkan ketetapan untuk tidak akan bekerjasama dengan PAS. 

Mereka juga menyebut HARAPAN sedang merangka strategi untuk menghadapi kemungkinan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga timbalan presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. 

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini mengaku sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan PAS bagi berdepan pilihan raya, walaupun kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik.

 Ia menimbulkan rasa tidak senang bukan sahaja anggota komponen HARAPAN tetapi juga pemimpin kanan PKR lain. 


Seorang anggota biro politik PKR telah meletakkan jawatan sebagai tanda protes manakala Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pula mengusulkan kongres khas bagi membincangkan perkara itu. Posted by Mohd Sulaiman at 4:51 PM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Labels: Barisan Nasional (BN), Daruk Seri Tengku Adnan Mansor, harapan, PAS, PRU - 14, Tun Dr Mahathir Mohamad

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA