Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 24, 2017

MYIDIN RUGI, KRIM TUTUP BN BUAT KEDAI BARU

Bagaimana KRIM BOLEH TUTUP, apa sudah jadi dengan MAYDIN?
Baca dan kenal pasti permasalahan yang menimpa KRIM.
Inilah punca sebenar kenapa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) DITUTUP! admin  September 21, 2017





 Projek yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang beroperasi sejak 2011 akhirnya terpaksa ditutup. 




Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula ditutup pada Isnin lalu lagi dan meliputi seluruh negara. 




Difahamkan, penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran. 







Arahan itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaan. Meleset terus dari tujuan asal penubuhannya iaitu ‘mengurangkan beban rakyat.’ 




Menjual pelbagai barangan harian pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran kini TIDAK ADA LAGI.. 







Berikutan arahan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Program KR1M 2.0 akan dilancarkan tahun ini bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran. 





Tinjauan di seluruh negara mendapati hampir semua KR1M di setiap negeri sudah ditutup dengan notis ditampal di hadapan kedai itu berbunyi “KR1M akan ditutup sementara, segala kesulitan amat dikesali‘. 




Dikatakan, arahan penutupan sementara itu dikeluarkan sejak isnin lalu di semua premis KR1M di seluruh negara. 






Sebelum ini, pengarah urusan Mydin, Ameer Ali Mydin melaporkan syarikatnya mengalami kerugian besar kerana mengendalikan kedai Rakyat 1 Malaysia sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). 




Mydin berkata, hanya mereka yang mengenalinya tahu apa yang terpaksa dilalui Mydin untuk terus bertahan dalam mengendalikan projek CSR itu. 


Tidak tolak kemungkinan penutupan KR1M disebabkan pelaksanaan cukai barangan (GST).

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA