Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 22, 2017

ZIONIS - APA ITU " GARIS MERAH "

JERUSALEM – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran terhadap ‘garis merah’ di kawasan Masjidil Aqsa, tatkala penduduk di Semenanjung Gaza meneruskan tunjuk perasaan sebagai membantah langkah baharu rejim Tel Aviv menempatkan alat pengesan logam di pintu masuk masjid ketiga suci umat Islam itu.

“Kepada Zionis saya dengan jelas dan terbuka mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa dan Jerusalem adalah garis merah. Kepada musuh, saya mengatakan dasar penutupan dan pelaksanaan hukuman kolektif terhadap penduduk Jerusalem dan tempat suci kami tidak akan dikompromi,” kata pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, hari ini.
Protes bergerak yang dianjurkan Hamas, Islamic Jihad dan kumpulan lain, mendesak rejim Israel membuang alat pengesan logam yang dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa.
Kumpulan itu mengatakan tindakan berkenaan adalah pencerobohan Israel dan memberi amaran supaya peralatan terbabit dibuka.

Semalam, umat Islam selain mengadakan tunjuk perasaan, mereka juga terus bersolat di luar Masjidil Aqsa, walaupun diberi amaran oleh pasukan keselamatan rejim.
Petang semalam, ketegangan tercetus antara warga Palestin dan pasukan keselamatan Israel, menyebabkan 22 orang cedera, dua daripada mereka serius, selepas ditembak dengan peluru getah, kata pasukan perubatan Palestin.
Alat pengesan logam itu dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa berikutan serangan oleh tiga pemuda Palestin yang membunuh dua pegawai polis rejim Zionis. Ketiga-tiga mereka kemudian ditembak mati dan rejim Israel masih belum menyerahkan jenazah mereka kepada keluarga masing-masing.
Sementara itu, rejim Israel dilaporkan sedang menimbang semula pemasangan alat pengesan logam itu menjelang solat Jumaat beberapa jam lagi.
Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri Israel, Shin Bet, mencadangkan supaya alat pengesan logam itu dikeluarkan, tetapi polis Jerusalem enggan berbuat demikian.

 
Warga Palestin menyifatkan pemasangan itu sebagai pencerobohan ke atas kedaulatan dan status quo Masjidil Aqsa.
Ini bukan hanya disebabkan alat pengesan logam itu, tetapi kerana ia menunjukkan siapa yang mengawal dan berkuasa ke atas Masjidil Aqsa, kata penduduk.
Sementara itu, Mufti Besar Jerusalem, Sheikh Muhammad Hussein meminta semua masjid di Palestin ditutup esok.
“Umat Islam diminta datang untuk bersolat Jumaat di luar Masjidil Aqsa sebagai menunjukkan perpaduan dan bantahan terhadap tindakan rejim Israel,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA