Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 25, 2017

PENGARUHI DOJ - HEBATNYA PEMBANGKANG...

Image result for MAHATHIR

Menuduh parti pembangkang mampu mempengaruhi Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat satu kebodohan luar biasa, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Beliau menjelaskan keadaan di Amerika Syarikat berbeza dengan di Malaysia, di mana presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan salahlakunya daripada pegawai mereka. 

“Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia,” kata Dr Mahathir dalam blog hari ini. “Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu.” 

“Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate.” 

Beliau menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ kerana tuntutan saman jabatan kerajaan AS itu mengenai jenayah yang dilakukan di negara itu, melibatkan bank dan harta di sana yang menyalahi undang-undang AS. 

“Menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi DoJ adalah satu kebodohan yang luar biasa,” katanya. 

“Semua ini tentu diketahui oleh orang Umno, terutama pemimpin mereka. Hanya yang telah disumbat dedak dalam mata dan telinga sahaja yang buta dan pekak yang tidak tahu.” 

DoJ melalui tindakan terbaru yang difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB. 

Aset yang disebut dalam permohonan itu termasuk hak filem ke atas 2 cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. Pembikian filem itu didakwa dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu. 

Saman sitaan Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio. 

Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu. 

DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka. 

“Laporan DoJ menunjuk bagaimana berbillion ringgit yang diselewengkan disalahguna…duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di AS dan United Kingdom, berlian beratusan juta ringgit sebiji,” kata Dr Mahathir. 

“Kita tahu di Singapura beberapa bank hilang lesen kerana terlibat dengan salahlaku wang 1MDB dan lebih 6 orang didenda dan dipenjara kerana terlibat dengan penipuan duit 1MDB,” katanya. 

Sementara itu, bekas perdana menteri mencatatkan rasa sedih melihat masih ramai ahli Umno masih bersama Umno sewaktu lawatannya ke Kubang Pasu, Kedah 21 Jun lalu. 

Dr Mahathir berkata beliau kembali buat pertama kali selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai ketua bahagian Umno, untuk berbuka puasa di Kodiang. 

“Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu. Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno,” katanya. 

“Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam. Janganlah begitu taksub kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan.” -FMT

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA