Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 9, 2017

DAP BANTU ISLAM, MCA MARAH, PAS MEMBISU

PEMIMPIN Parti Cina MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong, dilaporkan membidas kerajaan negeri Pulau Pinang kerana terlalu banyak memberikan peruntukan kepada Islam.

Beliau turut mengibaratkan peruntukan yang diberi oleh negeri itu kepada hal ehwal Islam dan bukan Islam seperti "seekor gajah dan seekor semut".

Katanya Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam jawapannya kepada Adun Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad pada bulan Julai tahun lalu menyatakan kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM460 juta untuk hal ehwal Islam sejak 2008, namun hanya RM7.11 juta diberikan kepada kumpulan-kumpulan agama lain.

Menurut Tan angka-angka itu ada dinyatakan dalam laporan-laporan pelbagai akhbar harian berbahasa Cina.

"Walaupun ia perbandingan antara lapan tahun dan empat tahun, nisbahnya ialah 98.47% dengan 1.53%. Jurangnya ibarat membandingkan seekor gajah dengan seekor semut," katanya dalam satu sidang media di Ampang Jajar, Pulau Pinang.

Katanya lagi populasi penduduk Pulau Pinang terdiri daripada 58% orang bukan Islam yang telah menyumbang lebih banyak melalui sewa, tarif air, dan cukai perniagaan kepada kerajaan.

"Tapi kerajaan negeri telah memberikan sejumlah besar peruntukan kepada hal ehwal Islam walaupun orang Islam hanya 42% daripada populasi penduduk. Ini sangat tidak seimbang," katanya.

Oleh itu pemimpin Parti Cina MCA itu menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang, supaya memberikan 8 hektar tanah rezab yang dipelihara untuk kumpulan bukan Islam, di Ampang Jajar secara percuma dan bukanlah menjualnya.

Dilaporkan pada bulan Mac terdapat 32 plot-plot tanah kerajaan negeri di kawasan Ampang jajar, berdekatan dengan sebuah Sungai berhampiran stesen pemindahan sisa pepejal, dan bersebelahan dengan tiga kolam gergasi oksidasi, dipelihara untuk kumpulan-kumpulan agama bukan Islam untuk membina tempat-tempat ibadat mereka.

Sumber — The Star


Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/mca-bidas-pulau-pinang-beri-terlalu.html#ixzz4jKc6TnND

1 comment:

  1. PAS hanya bersifat langau, mencari benda dan cerita yang busuk sahaja. Boleh dikatakan juga ia ibarat biawak lidah bercabang pemakan bangkai.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA