Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 12, 2017

PAS - KUASA TERTINGGI ADALAH ISTANA















PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut keluarkan 3 exco PAS atau mereka meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, kata seorang pakar undang-undang perlembagaan.

 Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.

 “Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya.

 Aziz berkata demikian menjawab kenyataan Azmin semalam, yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.

 Exco Datuk Iskandar Abdul Samad juga berkata mereka akan kekal dalam kerajaan Selangor sementara menunggu keputusan kepimpinan tertinggi parti.

 Petang tadi Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS dan PKR terbatal. Majlis itu menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.

 Majlis itu berkata sebarang tindakan perlu dilakukan dengan merujuk kepada “maslahat” dan “kepentingan Islam dan rakyat”. 

 Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.

 Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.

 Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.

 PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.

 “Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu,” kata Aziz. Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.

 “Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik.”

 Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.

 Sekiranya PAS mengeluarkan dirinya dari kerajaan Selangor, semua wakil yang dilantik di peringkat kerajaan tempatan dan jawatankuasa masjid juga akan terkesan.]

 Dewan Negeri Selangor mempunyai 14 wakil rakyat DAP, 13 PKR, 13 PAS, 11 Umno, 2 Amanah dan 2 Bebas. Kerusi DUN Sungai Ayer Tawar dikosongkan susulan kematian wakil rakyat BN.

Ini bermakna kerajaan negeri pakatan pembangkang menguasai sejumlah 29 daripada 56 kerusi dewan, tanpa sokongan PAS. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA