Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 9, 2017

PAS KINI DALAM DELIMA....

Dr Rosli Yaakob... apa guna undi Pas.Dr Rosli Yaakob... apa guna undi Pas.
Bekas Pengarah Urusan Harakah iaitu lidah rasmi Pas, Dr Rosli Yaakop mempertikai pendirian dan hala tuju parti tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Dr Rosli menamatkan khidmatnya dengan Harakah mulai 1 Mei lepas selepas berkhidmat kira-kira empat tahun dengan organisasi media milik Pas itu.
Tulisan itu dibuat seminggu selepas Muktamar Pas ke 63 yang berlangsung di Alor Setar yang membawa perubahan besar kepada hala tuju parti itu.
Tulisan beliau itu kini tular di media sosial apabila bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan itu menganggap sia-sia untuk mengundi parti yang tidak berhasrat untuk menang.
"Pas yang bertanding 80 kerusi dan menjangkakan menang 40 tak boleh perintah Malaysia. Tentulah rakyat Malaysia mahu memilih parti yang berhajat nak perintah Malaysia.
"Jadi, pilihannya sama ada Umno-BN atau PH (Pakatan Harapan). Parti yang masuk PRU14 tanpa ada niat nak ambil alih kuasa tentunya berada di tahap second-rated. Tawar hati orang nak mengundi.
"Nak buat apo undi dia, kalau dia monang pun tak mengubah apa-apa. Lebih baik undi parti yang apabila dio monang boleh membentuk kerajaan," dipetik daripada kenyataan lima perenggan yang tular di media sosial hari ini.
Sebaliknya, bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu menegaskan adalah lebih baik mengundi parti yang boleh membentuk kerajaan apabila memenangi pilihan raya.
"Dalam PRU14 dijangka dua parti sahaja yang bertanding, 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun - Umno-BN dan PH. Jelas, yang mana menang majoriti ia akan memerintah Malaysia. 
"Jadi, pilihan pengundi ialah A atau B. C akan jadi 'fallback' calon 'in case' dua-dua A dan B pengundi tu memang tak suka.
"Bermakna dengan memilih untuk bersendiri dan tidak bertanding 222 kerusi meletakkan Pas pada kedudukan disadvantaged.
"Faktor ini sudah cukup 'powerful' untuk Pas hilang undi dari kalangan pengundi yang mencari parti yang serius dalam bertanding," tegas Timbalan Pengarah di Jabatan Ekonomi, Bank Negara Malaysia (BNM) itu lagi.
Raja Idris dan Zainal Abidin Kidam kini dipilih menerajui Harakah.Raja Idris dan Zainal Abidin Kidam kini dipilih menerajui Harakah.
Dr Rosli ketika dihubungi mengesahkan itu tulisan beliau.

Banyak pihak melihat jika kenyataan itu memang benar daripada Dr Rosli, itu tidak menghairankan memandangkan dua bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan telah lama menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Bahkan, didakwa sebahagian besar ahli dan pemimpin Pas negeri Adat Perpatih itu dikatakan telah bersama Amanah.
Dalam penyusunan kabinet baru Pas selepas muktamar ke 63 baru-baru ini, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, Datuk Raja Idris Kamarudin telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Harakah manakala bekas dekan fakulti ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Zainal Abidin Kidam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA