Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 23, 2017

MP n ADUN PAS DALAM DELIMA







KETIKA PAS begitu beria-ia berjuang sendirian dan mahu menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang, sekurang-kurangnya ada lima wakil rakyat bergelut dengan kedudukan mereka.


Mereka ialah sebahagian daripada 31 ahli Parlimen yang kebanyakannya di kawasan pantai barat Semenanjung dan mewakili undi sehingga 30% bagi pengundi bukan Melayu di kerusi DUN dan Parlimen.

Sejak PAS memutuskan hubungannya dengan Pakatan Harapan (PH), parti Islam itu dilihat bergelut untuk menarik pengundi bukan Melayu, yang menjadi asas kepada penyokong PH.

Malah tambah memberi cabaran apabila kini parti Islam itu kemungkinan bertembung dengan dua lawan kuat bagi merebut undi Melayu hingga menjadikan peluang menang di pilihan raya makin sukar.

Ia disokong dengan kajian dan pengalaman lepas di mana apabila wujud pertembungan tiga penjuru, BN akan menang. Kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan Invoke menunjukkan PAS akan mendapat kedudukan paling bawah jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya.


Image result for iskandar abdul samad

Chempaka

Ketika The Malaysian Insight bertanya kepada lima ahli politik itu mengenai ramalan masa depan berhubung kerusi mereka dan bagaimana mahu memenangi pengundi bukan Melayu yang skeptikal, sekurang-kurangnya tiga daripada mereka tidak pasti.
Seorang enggan menjawab dan dua lagi tidak mahu mendedahkan bagaimana mereka akan memenangi undi bukan Melayu.

Meskipun berulang kali presiden PAS mengeluarkan kenyataan yakin dengan kekuatan parti, tetapi wakil rakyat terbabit mengakui bukan mudah bagi mereka mempertahankan jawatan di peringkat DUN dan Parlimen.

Faktor PH

Image result for idris ahmad

Bukit Gantang 

Lima wakil rakyat itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan serta Adun Selat Kelang Dr Halimah Ali, Adun Meru Dr Rani Osman dan Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad.

Bagi Nasrudin dan Rani, pengundi bukan Melayu di kawasan mereka antara 33% (Temerloh) hingga 39% (Meru).

Image result for nasaruddin hassan

Temerloh

Jumlah itu boleh dikatakan agak kritikal untuk mereka mempertahankan kerusi jika undi Melayu berpecah dan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Hakikat itu diakui Rani dan secara peribadinya tidak bersetuju dengan pimpinan lain yang mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR, pakatan pembangkang paling lama dan parti diwakili berbilang kaum.

Image result for dr rani osman

Meru


Rani berkata semasa PAS bekerjasama dengan PKR pada pilihan raya 2008, kemenangan berpihak padanya apabila mengalahkan calon Ummo dengan undi majoriti 5,000.
"Apabila kami dengan Pakatan Rakyat pada 2013, saya menang berganda berbanding sebelum ini dengan hampir 10,000 pengundi.

"Kita perlukan PKR kerana kemenangan kita kerana Pakatan Rakyat,” katanya.
Pada 2013, DUN Meru mempunyai 39% pengundi bukan Melayu.

Image result for dr halimah ali

Selat Kelang

Keyakinan dan penafian

Mereka menyedari kerapuhan parti Islam itu jika putus tahaluf siyasi dengan PKR.
Dr Halimah berkata beliau mengakui masih tidak pasti untuk mempertahankan kerusi di Selat Klang di mana 35% peratusan undi bukan Melayu.

"Semuanya 50-50 jika berlaku pertembungan tiga penjuru, oleh itu kita teruskan saja kerja kita Melayu atau bukan Melayu, ia bergantung sama ada mereka terima atau tidak,” katanya.

Nasrudin bagaimanapun menolak yang PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu jika putus hubungan PKR.

"Apabila kita turun padang berjumpa dengan bukan Melayu di Selangor, Perak dan Pahang, kita masih dapat menarik undi bukan Melayu," katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai rekod yang baik dengan pengundi Cina di Temerloh dan tidak semua daripada mereka merupakan penyokong DAP.

"DAP dan bukan Melayu merupakan isu berbeza. Tidak semua bukan Melayu dengan DAP. PAS juga mempunyai kelab penyokong DHPP,” katanya.

Beliau berkata matlamat PAS kini ialah untuk menggantikan undi bukan Melayu dengan pengundi baharu.

"Dulu sebelum ini kita ada Cina tsunami dan sekarang kita ada Melayu tsunami," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bukit Gantang dilihat kekal optimis mengenai kemampuan parti menjelaskan dasar PAS kepada bukan Melayu.

"Saya tidak kata saya yakin kerana undi Cina susah hendak diduga tapi saya tidak ada masalah dengan mereka," katanya.

Idris dan Nasrudin enggan mendedahkan strategi bagaimana mereka akan memenangi undi bukan Melayu.

Sementara itu, Adun Chempaka enggan mengulas soalan The Malaysian Insight.
“Saya tidak tahu, tidak tahu," katanya. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA