Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 25, 2017

SATU DAPATAN SAJA....................

Antara kerja politik yang penting di bawah Sistem demokrasi ialah membina persepsi rakyat.
Dahulu kita pernah melemparkan ungkapan "pertahankan Perlembagaan Lord Reid", "kerajaan taghut", "hizbu Syaitan" dan lain-lain kepada UMNO.
Kemudian kita pula dilabel oleh kawan separti dgn ungkapan "munafiq haraki", "anwarinas", "Islam liberal", "barua DAP" dan sebagainya.
Allah maha adil. Hari ini giliran kita pula untuk serang balik!
Sahabat-sahabat PAS sekalian, kami tahu kamu sangat sayang dan hormat pada tuan guru kamu. Tapi oleh kerana tuan guru kamu juga adalah presiden parti dan panglima perang kamu, demi menjatuhkan UMNO dan sekutunya, kami terpaksalah membuat serangan menggunakan bahasa tajam!

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA