Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 10, 2017

GENERASI Y - TAK MINAT POLITIK

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Bagi orang politik, bahang pilihan raya sudah berasap. Panasnya mula membakar. Tempiasnya terasa di mana-mana. Ceramah dan pidato isu-isu semasa dianjurkan di merata tempat. Cabar-mencabar, tuduh-menuduh menghangatkan suasana.


Isu-isu kontroversi, tak payah cakap lagi; melambak-lambak. Seperti kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu: "Sampai nak termuntah-muntah banyaknya." Bukan saja skandal raksasa 1MDB yang terkenal seantero dunia itu, ditambah rantaian kes-kes korupsi mega, bukan berkarung duit tapi berlori banyaknya. Belum kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, jongkong emas, berang perhiasan, kondominium mahal, pegawai awam berbelanja bagai jutawan.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba menggambarkan berapa banyak duit tunai RM42,000 juta yang lesap dalam skandal 1MDB. Jumaat lalu, di Johor, dalam ceramahnya bersama Pakatan Harapan, beliau berkata: "Saya pun tak pernah tengok duit sebanyak itu, apatah lagi tuan-tuan. Kalau duit RM1 juta itu terdiri daripada not RM1, maka duit RM1 juta itu boleh muat satu lori kecik. Jadi duit RM42 bilion itu kena muat dalam 42,000 lori kecik. Begitulah banyaknya."


Kempen daftar pemilih yang dibuat oleh parti politik sangat aktif menjelang pilihan raya, namun apakah ia boleh menarik anak muda?

Kempen daftar pemilih yang dibuat oleh parti politik sangat aktif menjelang pilihan raya, namun apakah ia boleh menarik anak muda?Apa pun isunya bukan nak cerita panjang soal korupsi besar-besaran di bawah kleptokrasi Najib Razak dan konco-konconya. Dalam keadaan negara dihimpit pelbagai krisis kronik, beban kos sara hidup tambah berat, peluang pekerjaan makin kecil. Barangan keperluan naik mendadak, statistik jenayah terus meningkat, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman bahawa masih ramai warga Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pemilih.




Sana-sini orang politik bercakap soal perubahan mesti dilakukan segera untuk menyelamatkan tanah air kita. Mahathir sendiri mengakui, bukan sahaja perdana menteri wajib ditukar, malah partinya Umno-BN juga harus ditumbangkan. Umno jelas mengkhianati mandat rakyat dan kepercayaan majoriti orang Melayu. Ia wajar direhatkan daripada menjadi kerajaan. Rasai pula posisi sebagai pembangkang.

Dalam sistem demokrasi, pertukaran kerajaan boleh dilakukan secara aman melalui proses pilihan raya. Benar, sistem dan pelaksanaan pilihan raya kita masih banyak ketempangannya. Sebab itu Bersih tidak jemu-jemu mendesak dan menuntut penambahbaikan agar ia benar-benar telus, adil dan bersih. Namun, inilah satu-satunya cara untuk menyingkirkan kerajaan yang korup, zalim dan menindas rakyat.

Sembanglah berdegar-degar sekalipun, baik tentang Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz, 1MDB, salah guna kuasa di institusi strategik Malayu seperti MARA-Felda-Tabung Haji, negara digadaikan kepada China, dan macam-macam lagi. Masalahnya, melepaskan amarah di media sosial dan kedai kopi tidak membawa kita ke mana-mana jika tanggungjawab sebagai pengundi pun masih belum ditunaikan. Sayang (sebenarnya malang) sekali!

Bernama, 3 Mac, melaporkan Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Kunci kata, anak muda. Golongan muda-belia sepatutnya mempunyai idealisme tinggi untuk menyelamatkan negara. Mengapa mereka tidak berminat untuk membolehkan diri menjadi penentu siapa yang mengemudi kerajaan nanti? Sedangkan mereka diketahui umum sering menjadikan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk melepaskan geram dan amarah kepada penguasa.

Usaha perhimpunan Bersih untuk bersihkan Malaysia perlu disokong.

Saya teringat pengalaman seorang kawan dari Amerika Syarikat yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Beliau seorang pengamat politik dan media Malaysia. Katanya, beberapa kali dia menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar. Diambilnya kesempatan untuk berbual-bual dengan pemandu. Peliknya, cerita beliau, ada pemandu yang langsung tidak tahu-menahu tentang kegawatan politik Malaysia. "Apakah mereka tidak membaca internet dan melayari laman web seperti Malaysiakini, sedangkan dunia pun heboh tentang politik Malaysia?"



Usaha perhimpunan Bersih untuk bersihkan Malaysia perlu disokong.Dari sudut lain, apa halangannya sehingga lebih empat juta rakyat belum sedia untuk mendaftar sebagai pengundi walaupun prosesnya begitu mudah? Apakah kerana sibuk dengan tugas seharian mencari rezeki dan membina kehidupan atau tiada kemudahan (terutama yang tinggal di luar bandar) berdekatan kawasan perumahan, atau mungkin juga mereka sudah tidak berminat dengan politik?

Mungkin juga anak-anak muda mempunyai prejudis yang tinggi kepada orang dan parti politik? Tanggapan buruk tentang orang politik yang mudah terjebak dengan rasuah dan menjadikan kuasa untuk mengaut kemewahan luar batas. Pentas politik dilihat sebagai ldang untuk menternak perasuah!

Mereka menatap berita anak-anak muda yang sebaya mereka, daripada keluarga tokoh politik ataupun kenalan pemimpin berkuasa, juga anak-beranak pegawai tinggi kerajaan, yang ditangkap atau disyaki rasuah, bergelumang dengan gaya hidup luar biasa mewahnya, dan tidak segan-silu mempamerkan pula dalam media sosial.

Ya, bagi sebahagian mereka, orang politik ini sama sahaja, baik kerajaan mahupun pembangkang. Bila sudah dapat kuasa, semuanya angkuh-sombong dan pentingkan diri-keluarga-kelompok sahaja. Asalkan tembolok dan perut masing-masing penuh; persetankan kepentingan rakyat, tidak pedulikan lagi masalah orang ramai.

Sementara menanti proses pendafataran sebagai pengundi dapat dibuat secara automatik apabila seseorang warga mencapai usia 21 tahun, kesedaran akan hak dan tanggungjawab itu harus dipupuk. Anak muda khususnya mesti menghayati kepentingan partisipasi politik, bukan sahaja sebagai pengundi dan turun mengundi (peratusan turun mengundi sekitar 75% sekarang juga harus ditingkatkan) , tetapi bertindak proaktif dalam mempengaruhi setiap keputusan berkaitan dasar awam pada setiap masa.

Dalam masa sama, parti-parti pembangkang bukan hanya perlu mendekati golongan muda ini untuk ke kaunter pendaftaran SPR tetapi bertanggungjawab mempamerkan imej sebagai "kerajaan menanti" yang boleh dipercayai untuk berusaha menyelesaikan segala krisis berserabut yang dihasilkan Umno selama ini. Singkirkan andaian buruk yang dilumurkan terhadap wajah semua orang politik.

Memang tidak adil menanamkan persepsi buruk kepada pembangkang hanya kerana kejahatan yang dilakukan elit pemerintah sejak berkuasa hampir 60 tahun lalu. Masakan orang lain yang bersalah, pihak lain pula yang dihukum! Kerosakan dan bencana ini masih boleh diperbaiki, dengan pertukaran kerajaan, disusuli proses reformasi sistem dan institusi, serta jentera pelaksanaan yang cekap, bersih dan berintegiriti tinggi.

Masih ramai tokoh politik yang jujur, telus dan berprinsip dengan kawalan rakyat yang juga tinggi kesedaran partisipasi politiknya. Dibantu sistem akhbar yang independen, bersama pemulihan institusi penting awam, seperti Parlimen (termasuk Jawaankuasa Kira-kira Wang Negara), kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPR, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara dan lain-lain.
Masa belum terlewat untuk semua pihak menggerakkan kempen pendaftaran pemilih ini. Ayuh.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA