Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 4, 2017

MINYAK NAIK, MINYAK NAIK JUGA DENGAN KEHENDAKNYA......



Ahli Majlis Syura PAS mengaku kenaikan harga minyak baik untuk perolehan negara.




03/2/2017– Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyatakan bahawa kenaikan harga minyak dunia sememangnya menjadi doa rakyat Malaysia supaya perolehan negara meningkat.
Namun beliau mencadangkan agar ia hendaklah bersekali dengan pemberian subsidi, bagi mengurangkan beban hidup rakyat.
Khairuddin menganggap kenaikan harga minyak sekarang ini membuktikan polisi apungan itu tidak relevan dan tidak menguntungkan rakyat.
“Kenaikan harga minyak 40 sen dalam masa dua bulan sememangnya menaikkan suhu kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Pada Disember 2016 RON95 pada harga RM1.90 seliter dan sekarang Februari 2016 pada harga RM2.30 seliter.
“Pada Oktober 2016 harga RON95 ialah RM1.80 dan pada September 2016 pada harga RM1.70. Ia bererti kenaikan sehingga 60 sen dalam masa lima bulan. RON95 berada pada harga paling rendah pada Mac 2016 iaitu RM1.60 sen seliter.
“Seterusnya ia menyaksikan kenaikan sehingga RM2.30 pada hari ini iaitu kenaikan 70 sen dalam masa sebelas bulan,” katanya.
Tambah beliau lagi, jika diandaikan golongan berpendapatan rendah menggunakan 150 liter minyak sebulan, bererti peningkatan kos hidup bulanan disebabkan harga minyak ialah menjangkau RM105 dalam masa sebelas bulan iaitu daripada Mac 2016 hingga Februari 2017.
Dengan itu, beliau cuba membuktikan polisi apungan terkawal harga minyak tidak relevan dan tidak menguntungkan rakyat.
Malah beliau mendakwa kenaikan minyak dunia hanya akan menguntungkan kerajaan Malaysia sebaliknya mencipta kerugian dan bebanan bagi rakyat.
Semalam, Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional telah menjelaskan harga runcit minyak di Malaysia adalah berdasarkan harga minyak yang telah ditapis dan bukan berdasarkan harga minyak mentah.
Disebabkan itu harga minyak yang telah diproses mungkin berbeza daripada minyak mentah berdasarkan faktor permintaan dan penawaran global.
Lebih-lebih lagi kenyataan itu turut menjelaskan di mana berdasarkan sistem apungan terkawal yang mula dilaksanakan sejak 1 Disember 2014, Malaysia menggunakan harga purata produk yang telah diproses dan bukannya minyak mentah, untuk bulan sebelumnya bagi menentukan harga runcit bulan depan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA