Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 9, 2017

MBD - SATU LAGI PENDEDAHAN

DATIN Seri Rosmah Mansor terus menjadi bahan berita kontroversi akhbar luar negara. Kali ini perangai boros beliau berbelanja mewah sehingga hampir 200 juta dilaporkan dalam sebuah akhbar harian di Taiwan.

Dalam masa 8 tahun, akhbar itu melaporkan, Rosmah berbelanja sehingga kira-kira 200 juta menggunakan kad kredit untuk membeli pelbagai barangan mewah.


Ini terjemahan yang diberitahu kepada aku oleh salah seorang kawan berbangsa cina, aku manalah faham tulisan cina. 

Apa yang aku faham dalam laporan tu pada tajuknya ada tulisan nombor 2 (aku anggap ada kaitan dengan terjemahan 200 juta) dan ada tulisan nombor 8 (aku anggap ada kaitan dengan terjemahan 8 tahun).

Selain itu, aku nampak ada 4 kali laporan itu tulis perkataan '1MDB' dari situ aku faham, tak ada lain laporan akhbar Taiwan ini tentu ada kaitan dengan skandal 1MDB dan kleptokrasi Najib Razak.

Selain itu, aku juga buat semakan kadar tukaran matawang aku dapati nilai 200 juta itu adalah dalam kiraan matawang New Taiwan Dollar yang bersamaan dengan USD6.487 juta.


Maka aku dapat simpulkan bahawa ini adalah kisah yang disiarkan oleh Wall Street Journal, WSJ sebelum ini. Jika anda belum membacanya sila klik link berikut,


Ini bukan kali pertama Datin Rosmah dan Najib menjadi bahan berita kontroversi akhbar-akhbar luar negara yang melaporkan skandal dan rasuah pasangan ini, malah sudah berpuluh kali perkara seperti ini berlaku.

Namun seperti biasa macam dulu-dulu juga. Najib dan Rosmah akan terus buat bodoh, kata nak saman WSJ hari selasa, tapi sampai ke hari ini entah sudah hari selasa ke berapa pun aku tak ingat dah.

Benda betul, mana berani nak saman, kalau Najib saman akhbar luar negara seperti WSJ, jawabnya lebih banyak skandal dan rahsia beliau bakal terbongkar ketika perbicaraan di mahkamah.

Dan memang itulah yang diharapkan oleh WSJ, mereka tertunggu-tunggu dan tak sabar-sabar untuk menerima saman daripada pihak Najib supaya lebih banyak rahsia najib terbongkar di mahkamah sekaligus mereka boleh melaporkannya dan melariskan akhbar.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA