Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 3, 2017

SPRM - TERUS DI PERTIKAIKAN.....


Mohamed Haniff Khatri Abdulla menuntut penjelasan berhubung kenyataan terbaru seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini.

 Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad itu mahu peguam negara dan ketua pesuruhjaya SPRM menjawab Bahri, 58, mengenai pengendalian kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

 Haniff Khatri berkata Tan Sri Apandi Ali dan Datuk Zulkifli Ahmad harus berundur serta-merta jika gagal berbuat demikian.

 “Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Bahri, atas keberanian dalam perlaksanaan tanggungjawab beliau untuk mendedahkan perkara ini, kepada khalayak ramai.

 “Semoga usaha dan jasa baik Datuk Bahri dirahmati dan dibalas sebaiknya oleh Allah SWT hendaknya, Insya-Allah,” katanya.


 Sumber yang rapat dengan Bahri memberitahu Malaysiakini bahawa Bahri kecewa dengan apa yang berlaku dalam kes itu dan rasa bersalah kepada rakyat Malaysia kerana sebelum ini kes sebegitu akan disabitkan di mahkamah.

 "Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan.

 “Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah,” Bahri dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

 Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi. 

 Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

 Najib berkata tidak tahu menahu wang berkenaan berasal dari SRC walaupun syarikat itu milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama. ~ sumber

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA