Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, January 21, 2017

APAKAH PENYUDAHNYA POLITIK MALAYSIA SELEPAS PRU 14 NANTI?


Tersentak dan terkejut termata besar didalam jiwa, apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa DAP hanya meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja apabila memerintah , Jika diizinkan Allah.
Tidakah  Mahathir sedar bahawa dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu lah  Singapura telah dikuburkan untuk Melayu terus mengekalkan kuasa. Sehingga kini setelah 50 tahun merdeka Melayu Singapura terus dipinggirkan hanya  kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
“Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,” katanya dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, malam tadi.
Tindakan Mahathir ini  secara terangan  dilihat untuk meletakkan Malaysia dibawah cengkaman DAP yang mana telah berlaku sejarahnya di Singapura. Perdana Menteri Pertamanya ialah dari orang Melayu dan seterusnya dpegang oleh PAP.

Di Malaysia Mahathir dengan sokongan Muhyiddin dan anaknya Mukhriz sekali gus telah bersekongkol untuk bersetuju menyerahkan Malaysia ini dan orang Melayu agar diperhambakan oleh DAP jika  dikalangan DAP nanti menjadi Perdana Menteri.
Jika kita singkap sejarah silam , segala yang dilakukan oleh DAP sekarang tidak banyak bezanya dengan apa yang telah dilakukan oleh PAP di Singapura sebelum mendapat kuasa dengan sokongan Melayu dalam Negara itu.

Kita melihat bagaimana pemimpin DAP sanggup turun padang , bersongkok, berbaju melayu, berkebaya  bersama berbuka puasa  dengan orang Melayu hanya semata-mata untuk mengambil hati sokongan Melayu  dimana sokong itu lah yang akan memperhambakan mereka.

Jangan kita menyesal ratusan tahun dan  nama kita disebut sebagai penjual bangsa dan Negara  sendiri hanya kerana kuasa dan ketamakan  harta Negara. Sejarah tidak pernah menipu kita malah ianya adalah guru terbaik untuk kita terus menjadikannya sempadan perjuangan.

Sekarang Melayu di Singapura penuh dengan penyesalan kerana tertipu oleh songkok di atas kepala Lee Kuan Yew tersebut. Dan jika kita amati sebaiknya Melayu Malaysia juga telah ditipu oleh DAP yang berwatakan  Melayu  yang mana ada nilai sensitiviti bangsa Melayu dalam hal ini.

Tindakan mengubah  perwatakan ‘Melayu’ ini terus dimainkan oleh DAP sehingga satu ketika dahulu ada yang beranggapan bahawa Guan Eng itu adalah perwatakan Khalifah yang mana membela Islam dan kesejahteraan rakyat serta berlaku adil jika memerintah Pulau Pinang.

Jika dilihat secara  dalamannya,  manakah kekuatan bangsa Melayu itu sebenarnya untuk terus dipandang tinggi sehinggakan kaum-kaum lain terdesak untuk mencari pengiktirafan yang khusus dari bangsa Melayu?

Guan Eng dan pemimpin DAP yang lain bersatu hati seperti Lee Kuan Yew telahpun ‘menipu’  Melayu Singapura. Kaum Melayu telahpun terpinggir dan terhina di tanah Singapura.  Seperti Guan Eng dan pemimpin DAP yang lainnya, Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok, memasuki surau, makan sekali dengan jemaah masjid dan surau. Bukan itu sahaja Lee Kuan Yew sanggup berada di sesebuah kampung 2-3 hari bergotong-royong membersihkan kampung bersama -sama orang Melayu, tetapi apabila PAP dapat sahaja kuasa, orang Melayu terus ditindas

Begitu lah di Pulau Pinang setelah berkuasa dan penghapusan perkampungan Melayu dilakukan atas nama pembangunan, Ianya terjadi apabila DAP mendapat kuasa  sebagaimana  PAP mendapat kuasa di Singapura.

Di Singapura dah tak ada  perkampungan Melayu. Jika  ada pun tapi terlalu sedikit,  malah setengah daripadanya  hanya menunggu untuk dirobohkan kerana alasan pemerintah untuk tujuan pembangunan. Lihat sahaja di Pulau Pinang dan Selangor yang kini berada didalam cengkaman DAP.

Orang Melayu di Singapura seumpama “katak dalam kaca’ yang mana hanya mampu melihat sahaja apa yang dilakukan oleh PAP tanpa dapat berbuat apa apa. Orang Melayu di Singapura tidak mampu melakukan apa-apa walaupun pemerintah menaikkan harga barang, tambang MRT, tambang bas dan naikan harga minyak sekalipun. Malah nak tengok TV3 pun mereka memantaunya apalagi berkumpul lebih dari 2 orang. Jika tertangkap mereka akan disumbatkan kedalam penjara tanpa bicara.

Mahathir sedang mengolah untuk menjadikan Malaysia sebagai Singapura kedua yang mana terus menjual Negara ini dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mana telah menutup sejarah dan kekuasaan Melayu Singapura

Tindakan luar jangka yang Mahathir lakukan itu amat merbahaya demi untuk mencapai hasrat yang tidak tercapai. Jika ini keadaannya, Mahathir adalah salah seorang pengkhiant yang seharusnya ditumbangkan. Peranannya untuk menjadikan Melayu itu hamba kepada DAP sebagaimana yang dilakukan oleh PAP terhadap Melayu Singapura tidak boleh diterima.
Melayu Malaysia harus sedar bahawa jika mereka DAP mendapat kuasa walaupun sejam sahaja mereka sudah boleh melakukan banyak perkara yang tidak terfikir diakal kita seperti yang berlaku di Singapura.

Orang Melayu di Malaysia akan jadi sama dengan orang Melayu di Singapura jika masih memilih DAP, PAN, PAS dan PKR.  Melayu Malaysia jangan tersilap langkah hanya kerana untuk mendengar keburukan yang akan menjahanamkan bangsa Melayu dan penjajahan alaf baru  yang dibawa oleh DAP.

 DS Najib memang ikhlas dalam pejuangan ,sokonglah dia jika mahu orang Melayu tidak menerima nasib yang sama seperti orang Melayu Singapura.

100% orang Melayu di Singapura  memang menyokong dasar Datuk Sri Mohd Najib sehinggakan semalam ramai yang menangis semasa ucapan Najib. Mereka tahu Najib memang ikhlas untuk menjaga kepentingan orang Melayu tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.
  • PRU14.tv

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA