Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 4, 2016

REALITI BELANJANWAN 2017

Kerajaan tiada duit, anggota Polis mengadu ditindas 'pihak atasan'


BARU terima aduan daripada salah seorang sahabat di facebook, yang juga merupakan seorang anggota polis bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM.

Menurut beliau yang memohon identitinya dirahsiakan, satu mesyuarat telah diadakan di tempatnya bertugas berkisar tentang penindasan melampau 'pihak atasan' terhadap pemandu kenderaan PDRM.

Semua pemandu diminta mengambil langkah berjaga-jaga kerana 'pihak atasan' telah memperketatkan lagi hukuman bagi mana-mana pemandu yang terlibat dalam kemalangan menggunakan kenderaan pasukan meskipun ketika sedang bertugas.

Walaupun punca kemalangan bukan dari kesilapan pemandu, tindakan seperti 'surcaj' tetap akan dikenakan dakwanya.

Beliau yang kecewa dengan tindakan itu turut mendakwa terpaksa dahulukan duit saku sendiri untuk perjalanan jauh ketika bertugas sementara bayaran balik 'claim' begitu lambat diperolehi.

Beliau turut mengeluh, sudahlah gaji diterima tidak seberapa cukup untuk kegunaan sendiri, bayaran balik 'claim' juga terlalu lambat diperolehi. Kini ditambah pula dengan tindakan mengenakan surcaj yang bakal membebankan ini.

Menurutnya lagi, mensyuarat tersebut mendedahkan bahawa kerajaan kini memang sudah tidak ada duit.


Nampaknya bukan orang awam sahaja menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Najib Nazak, anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam turut terkesan.

Aku fikir bila rakyat dipaksa bayar GST, kerajaan dapat banyak duit, maka pentadbiran negara lebih berkesan, polis boleh dapat kenderaan baru, uniform baru, gaji anggota polis juga boleh dinaikkan lagi tapi nampaknya makin ada cukai GST, rakyat makin terbeban anggota polis pun turut ditekan.



keratan kaitan dengan kurangnya wang negera masa kini....
bumbung sekkolah tak di baiki
kertas A4 perlu di bantu oleh pelajar
pembangunan sekolah cari duit sendiri.

Apa celaka semua ini?


Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/kerajaan-tiada-duit-anggota-polis.html#ixzz4OzjZ1Vyy

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA