Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 10, 2016

RASUAH - KINI DI TAHAP MELAMPAU


PUTRAJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Masyarakat tidak sepatutnya menganggap semua 1.61 juta penjawat awam terlibat dengan kegiatan rasuah hanya kerana tindakan segelintir individu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ( gambar )


Merujuk kepada penahanan seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, beliau berkata ia adalah kes terpencil dan hampir semua penjawat yang lain mempunyai integriti.

Katanya kerajaan sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan integriti pegawai sejak mereka dilantik dalam perkhidmatan dan sentiasa diberikan peringatan sama ada di peringkat atasan mahupun gred yang paling rendah.

"Kita ada 1.61 juta penjawat awam yang hampir semuanya adalah pegawai berintegriti, janganlah kita samakan tangkapan ini sebagai implikasi keseluruhan kepada penjawat awam," katanya kepada pemberita pada Seminar Pendidikan Generasi Muda: Teknik-teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, di sini Ahad.

Pada Rabu lepas, SPRM merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Mengulas mengenai seminar anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) itu, Ali berkata seminar itu melibatkan 350 pelajar dari sekitar Putrajaya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada majlis itu, Puspanita turut menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap sebuah sekolah kepada 25 sekolah di sini untuk membeli peralatan sukan, sempena Hari Sukan Negara 2016 yang disambut semalam.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA