Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 26, 2016

U - KINI KEARAH MELAHIRKAAN GENERASI " BUTA " KEPIMPINAN

 FPN - FPK -Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruuh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emsoi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahauan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kaharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera. 
- BUKU PENERANGAN KBSR

HASILNYA RATA-RATA KINI GENERASI SEKARANG ADALAH DI LAHIRKAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN KBSR - YANG SEDIHNYA GENERASI DI LAHIRKAN MEREKA YANG BERILMU TAPI PEMIMPIN PULA TANPA ILMU

Apakah yagn berlaku di U masa ini?



Isu ‘Sister in Islam’ yang membabitkan Majlis Agama Islam Selangor masih belum selesai. YAB Menteri Besar, Saudara Azmin Ali mencadangkan diadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkenaan. Dan tentunya itu merupakan pandangan yang amat terkehadapan bagi pemimpin yang memimpin sebuah negeri dalam Kurun ke 21. Itulah cara yang sebaik-baiknya. Dan disokong pula oleh YB Khalid Samad dan beberapa orang pemimpin progresif lain yang merasakan bahawa meja rundingan dan perbincangan adalah cara yang terbaik, walaupun telah ada rundingan dibuat sebelum ini. Tentu tidak salah diadakan rundingan sekali lagi demi untuk merungkaikan isu yang agak rumit itu.
Begitu jugalah dengan keadaan yang wujud di kampus-kampus kini. Keengganan pihak-pihak tertentu untuk tidak membenarkan kebebasan bersuara diamalkan di kampaus-kampus telah menyebabkan pelajar-pelajar telah mula menunjukkan ‘taring’ mereka bahawa mereka memerlukan pandangan-pandangan luar mengenai isu-isu yang berlegar disekeliling mereka. 

Dan kehadiran para penceramah jemputan yang terdiri dari golongan politik atau profesional yang berkaliber adalah cara dan tindakan yang amat sesuai.Pihak pentadbir University tidak harus bimbang dengan isi ucapan yang akan disampaikan oleh mereka kerana berbagai akta telah sedia ada di negara kita sekiranya apa yang disuarakan oleh pihak-pihak berkenaan boleh digunakan akta-akta berkenaan untuk memebawa mereka ke muka pengadilan. Oleh hal yang demikian, apakah yang menyebabkan pihak-pihak tertentu di University yang begitu takut berdepan dengan pelajar-pelajar berkenaan.

Fenomena yang berlaku di kampus-kampus university, khususnya di University Malaya kini aku rasa amat berbeza sekali dengan keadaan University Malaya empat puluh tahun yang lalu. Pada ketika itu para pelajar yang mengambil daya usaha untuk menjemput penceramah-penceramah luar untuk datang ke kampus dan menyampaikan pendapat dan pandangan mereka. Namun ramai penceramah ( khususnya pemimpin kerajaan pada ketika itu) enggan datang, walaupun ada juga yang agak ‘berani’ untuk berdepan dengan pelajar-pelajar pada ketika itu. Dan seingat aku, Tun Musa Hitam dan Tun Ghazali Shafie telah mendapat tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar ketika mereka menyampaikan pandangn mereka mengenai sesuatu isu. Itu bermakna bahawa pelajar-pelajar pada ketika itu (dan kini juga) adalah ‘manusia’ yang rasional dan boleh berfikir.

Tindakan pihak pentadbir University Malaya mengambil tindakan terhadap lapan orang mahasiswa yang menganjurkan ceramah membabitkan DS Anwar Ibrahim adalah merupakan bahan tertawa manusia yang waras (sekiranya kesalahan pelajar-pelajar itu berdasarkan asas itu). Dunia juga turut akan mempersoalkan tentang apa yang telah terjadi kepada pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia kini. Pasti ramai yang akan bertanya.

Perbuatan pihak pentadbir University Malaya menutup pintu masuk ke kampus university dan memadamkan lampu ketika DS Anwar menyampaikan ucapan sudah cukup memalukan bukan sahaja university berkenaan tetapi negara dan rakyatnya. Aku yakin rakyat Malaysia yang berada di luar negara akan berasa dukacita kerana terlalu sukar untuk memberikan jawapan yang rasional sekiranya mereka ditanya tentang isu berkenaan. Kita sering mendabik dada mencanangkan yang negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulin, sedangkan pada hakikatnya apa yang kita amalkan adalah seperti ‘jauh panggang dari api’ (dari aspek-aspek tertentu)
Semalam berlaku pula di University Islam Antarabangsa, keadaan seperti mana yang berlaku di University Malaya tempoh hari. Lampu digelapkan dan pintu masuk dikunci. Kali ini lebih menggelikan hati kerana yang ‘ditakuti’ oleh mereka bukannya DS Anwar Ibrahim tetapi ialah bekas professor university berkenaan ia itu Professor Abdul Aziz Bari dan Saudara Fahmi Zainol, Presiden Persatuan Mahasiswa University Malaya. Kononnya alasan yang diberikan mengapa mereka tidak dibenarkan masuk ke university adalah disebabkan oleh faktor keselamatan.

Aku terfikir lagi. Sekiranya kehadiran penceramah-penceramah ini menimbulkan kekacauan dan timbul isu keselamatan sebagaimana yang didakwa, maka adalah lebih baik mereka ditangkap dan didakwa sahaja sekiranya cukup bukti yang menyatakan bahawa kehadiran mereka mencetuskan kekacauan. Pihak university tidak sepatutnya mencari alasan yang ‘tempang’ sedemikian kerana rakyat umum khususnya para pelajar sudah tidak boleh ‘termakan’ dengan alasan-alasan sedemikian.

Apa yang berlaku kini adalah merupakan ‘eye opener’ kepada pihak-pihak tertentu khususnya pihak pentabiran univeristy dan juga pihak kerajaan. Suasana yang wujud kini seharusnya ditangani dengan bijak sesuai dengan keadaan pelajar-pelajar kini yang hidup dalam zaman yang agak berbeza sebagaimana yang difikirkan oleh setengah pihak yang masih tidak mahu keluar dari ‘keponpong’ yang membaluti fikiran mereka.
Pelajar kini memerlukan tokoh yang sanggup berdepan dengan mereka. Bukan dengan cara kekerasan dan peraturan tetapi melalui dialog dan percambahan fikiran. Yang diperlukan oleh pelajar kini ialah tokoh yang boleh meyakinkan mereka tentang sesuatu isu yang diperdebatkan.

Justeru tokoh-tokoh yang memimpin univeristy seharusnya berani juga berdepan dengan ‘anak-anak’ ini. Itu sebenarnya yang mereka mahu dan perlukan.
abuhassanadam

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA